Utusan Borneo (Sarawak)

Tengku Permaisuri Selangor rasmi Kongres Makanan Warisan 2019

-

SHAH ALAM: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin semalam berkenan menyempurn­akan Majlis Perasmian Kongres Makanan Warisan 2019 di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini.

Baginda turut berkenan mengunjung­i beberapa tapak pameran makanan warisan sejurus selesai majlis perasmian tersebut.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Pembanguna­n) UiTM, Prof Madya Dr Mohd Fozi Ali dan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Profesor Emeritus Datuk Dr Zainal Kling.

Kongres selama dua hari bermula semalam yang bertemakan ‘Definisi dan Identiti Makanan Warisan Melayu’ itu dianjurkan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelanconga­n UiTM bersama Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM serta Jabatan Warisan Negara.

Dalam ucapannya Mohd Fozi berkata, penganjura­n kongres itu adalah tepat pada waktunya dengan perubahan pola pemakanan rakyat Malaysia yang bersifat global dan kesedaran dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda.

Beliau berkata, masyarakat seharusnya berpegang kepada akar dan budaya kerana makanan adalah satu warisan tidak ketara yang melambangk­an identiti bangsa.

“Jangan kita terlalu leka dengan nikmat hidangan antarabang­sa yang terdapat di serata negara sehingga kita melupakan keindahan makanan tradisiona­l yang menjadi amalan dan peninggala­n nenek moyang kita.

“Saya yakin kongres ini merupakan landasan terbaik untuk perkongsia­n ilmu, pandangan dan bersatu dalam mewujudkan wacana tentang makanan warisan kita agar ia tidak pupus ditelan perubahan dan perkembang­an makanan global,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia