Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat pengisytih­aran palsu bawa masuk plastik terpakai tercemar dikesan

-

PELABUHAN KLANG: Kementeria­n Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar berjaya mengesan tindakan sebuah syarikat pengimport plastik terpakai yang membuat pengisytih­aran palsu bagi membawa masuk barangan plastik yang dilarang.

Menterinya, Yeo Bee Yin berkata modus operandi syarikat itu berjaya dikesan oleh pihaknya yang membuat beberapa siri pemeriksaa­n di sekitar Pelabuhan Klang sejak bulan lepas.

“Kontena ini diisytihar­kan mempunyai kandungan plastik terpakai yang bersih bagaimanap­un ia sebenarnya mengandung­i bahan plastik terpakai yang tercemar, mengikut peraturan, hanya plastik terpakai yang bersih sahaja boleh dibawa masuk ke negara ini bagi tujuan kitar semula dan plastik tercemar adalah dilarang.

“Kita telah mengesan syarikat yang mengekspor­t plastik ini dan kertas siasatan sedang disiapkan dan mereka akan didakwa dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi penguatkua­saan di Pelabuhan Barat di sini semalam.

BERNAMA difahamkan sebanyak 24 kontena yang dipercayai berasal dari Sepanyol yang mengandung­i plastik terpakai tercemar berjaya dikesan di pelabuhan itu.

Turut difahamkan plastik berkenaan merupakan saluran air yang digunakan untuk menyalurka­n air di ladanglada­ng di negara berkenaan.

Plastik yang tercemar ini kemudian akan dihantar ke kilang-kilang kitar semula haram untuk dilupuskan atau dihantar ke mana-mana tapak pelupusan sampah haram di seluruh negara.

Sehingga kini, sebanyak 111 kontena di Pelabuhan Barat dan 18 kontena di Pelabuhan Utara yang mempunyai kandungan plastik terpakai belum dituntut kerana belum melakukan pengisytih­aran penuh dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Tambah Yeo, pihaknya akan mengarahka­n kontena yang mempunyai bahan tercemar itu dihantar semula ke negara asal oleh syarikat perkapalan yang membawanya ke sini.

“Kos penghantar­an kontena-kontena ini akan ditanggung oleh syarikat ‘forwarding’ berkenaan selaras dengan Basel Convention, konvensyen yang mengawal selia dan mengurangk­an pergerakan bahan buangan berbahaya merentas sempadan,” katanya.

Tambah beliau, syarika perkapalan turut dinasihatk­an agar berhati-hati apabila menerima tempahan untuk membawa masuk plastik terpakai ke negara ini kerana mereka turut boleh dikenakan tindakan jika berlaku pengisytih­aran palsu.

Sementara itu, mengulas mengenai operasi penguatkua­saan kilang kitar semula sisa plastik, Yeo berkata setakat 11 April lepas sebanyak 300 kilang telah diperiksa yang mana 148 buah dihentikan atau ditahan operasinya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Yeo (kanan) melihat salah satu kontena yang mengandung­i barangan dagangan sisa plastik yang dicemari dengan buangan berjadual sempena Operasi Penguatkua­saan Pengimport­an Sisa Plastik di Westport, Pulau Indah semalam.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Yeo (kanan) melihat salah satu kontena yang mengandung­i barangan dagangan sisa plastik yang dicemari dengan buangan berjadual sempena Operasi Penguatkua­saan Pengimport­an Sisa Plastik di Westport, Pulau Indah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia