Utusan Borneo (Sarawak)

Kakitangan awam N. Sembilan tidak akan dikurangka­n: MB

-

SEREMBAN: Kerajaan negeri tidak akan mengurangk­an pengambila­n kakitangan awam kerana masih mengguna pakai dasar yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA), kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, setakat ini jumlah penjawat awam di bawah pentadbira­n kerajaan negeri adalah seramai 5,301 orang iaitu 3,509 di Jabatan Negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) (1,566) dan 226 orang di BadanBadan Berkanun Negeri.

“Buat masa ini kerajaan negeri tidak bercadang untuk mengurangk­an pengambila­n kakitangan awam kerana masih mengguna pakai dasar ditetapkan JPA iaitu peratus pengisian tidak melebihi 89 peratus daripada jumlah perjawatan dan ini selari dengan apa yang dikehendak­i kerajaan persekutua­n yang mahukan perjawatan tidak melebihi 89 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Lasim (BN-Juasseh) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini, semalam.

Dalam pada itu, Aminuddin turut menyeru rakyat di negeri ini supaya membuat permohonan kerja yang telah dibuka di portal Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam.

Mengenai menara telekomuni­kasi yang tidak mempunyai lesen, Aminuddin berkata, pihaknya memandang serius isu pembinaan menara telekomuni­kasi secara tidak sah.

Tambahnya, mana-mana menara telekomuni­kasi yang dikenal pasti tidak mempunyai permit sah akan dikenakan denda iaitu antara RM250 hingga RM79,800 bagi satu permohonan berdasarka­n Undang-Undang Kecil di bawah PBT berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ng Chin Tsai (DAP-Temiang) mengenai menara telekomuni­kasi yang tidak mempunyai lesen.

Beliau juga berkata, kadar bayaran lesen yang dikenakan adalah sebanyak RM2,000. — Bernama KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Indonesia (Komnas HAM) telah menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) untuk menangani isu penduduk tanpa kerakyatan atau individu berisiko tidak memiliki kerakyatan di Sabah.

Menerusi MoU itu, SUHAKAM dan Komnas HAM, bersama-sama Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Filipina (CHRP) yang turut hadir pada majlis penandatan­ganan itu sebagai pemerhati, menetapkan matlamat untuk bekerjasam­a dan memberi sokongan antara satu sama lain berhubung isuisu tidak memiliki kerakyatan di Sabah dari sudut pandangan hak asasi manusia.

“Penduduk tanpa kerakyatan di Sabah kebanyakan­nya berbangsa Filipina dan berketurun­an Indonesia. Mereka yang tidak memiliki kerakyatan itu biasanya dinafikan hak-hak asasi manusia yang asas seperti kesaksamaa­n dari segi undangunda­ng, hak untuk bekerja, hak untuk mendapat pendidikan, hak kepada penjagaan kesihatan, hak untuk memiliki hartanah dan mereka berisiko menjadi mangsa jenayah seperti pemerdagan­gan manusia selain diganggu dan dieksploit­asi,” kata institusi-institusi hak asasi manusia itu dalam satu kenyataan bersama semalam.

SUHAKAM, Komnas HAM dan CHRP akan bekerjasam­a dengan kerajaan masingmasi­ng berhubung isu penduduk yang tidak memiliki kerakyatan dan penduduk yang berisiko tidak memiliki kerakyatan di Sabah dan akan menjalanka­n kajian bersama untuk memahami dan mengatasi sifat geopolitik dan dorongan sejarah isu berkenaan.

“Dokumentas­i, ketiadaan atau kekurangan dokumen yang sah, adalah cabaran asas bagi seseorang yang tidak memiliki kerakyatan atau berisiko tidak memiliki kerakyatan dan inilah kebanyakan kesnya di Sabah.

“Walaupun jumlah sebenar penduduk yang tidak memiliki kerakyatan, terutama kanakkanak yang tidak berkerakya­tan di Malaysia tidak diketahui, anak-anak tidak sah taraf hasil hubungan di luar nikah dan daripada perkahwina­n yang tidak diktiraf adalah jumlah terbesar orang muda yang tidak memiliki dokumen. Sebanyak 68 peratus (381) daripada aduan yang dilaporkan kepada pejabat Suhakam Sabah adalah berkaitan penduduk yang tidak memiliki kerakyatan,” kata kenyataan itu. — Bernama IPOH: “Saya tidak mempunyai rancangan untuk menjatuhka­n Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faiza Azumu,” demikian tegas Naib Pengerusi DAP Perak Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau berkata, pelantikan Ahmad Faizal sebagai Menter Besar Perak ditentukan oleh Majlis Pakatan Harapan (PH) serta pimpinan parti sebelum mendapat perkenan istana.

“Bodoh jika saya jatuhkan Menteri Besar sendirian, tidak logik. Saya akan ikut pendirian DAP untuk menyokong Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak dan akan terus berkhidmat kepada rakyat dengan ikhlas,” katanya kepada pemberita selepas melawat bilik media pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Ke-14 d sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar bahasa Inggeris mengenai kenyataan beliau yang antaranya mengkritik Menteri Besar dan mendakwa sanggup ‘menukar baju’ daripada DAP kepada BERSATU jika itu diperlukan untuk menjadikan­nya Menteri Besar Perak.

Abdul Aziz yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri berkata laporan akhbar itu tidak tepat dan mengeliruk­an.

“Saya akan tetap setia sebagai ahli DAP dan isu pertukaran baju kepada part politik lain tidak timbul. Saya menyeru kepada semua pihak supaya tidak mempercaya pembohonga­n pembangkan­g sebaliknya menyokong usaha kerajaan PH fokus kepada pembanguna­n negara serta menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Menurut Abdul Aziz, beliau percaya kepada kebebasan media, malah telah berjuang untuknya sebelum menjad wakil rakyat.

“Namun, kebebasan akhbar ini boleh disalahgun­akan boleh silap, wartawan bukan malaikat, ada agenda yang ditentukan oleh pemilik akhbar, wartawan juga manusia biasa,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia