Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Lembah Klang siap sedia hadapi gangguan air

-

577 kawasan di Lembah Klang bakal mengalami gangguan bekalan air sementara dari 24 hingga 27 April disebabkan kerja-kerja penambahba­ikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2).

Gangguan air itu melibatkan enam wilayah iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor bermula hari ini dan melibatkan 620,835 pemilik akaun Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Biarpun gangguan itu bukan sesatu yang baharu, ia tetap meresahkan pengguna di kawasan terjejas dan ‘memaksa’ mereka membuat persediaan awal seperti membeli tong air, air mineral sebagai bekalan air minum serta mula menadah air sejak Ahad lepas.

Bagi seorang pengamal media, Zubaidah Mat Isa, 34, beliau menyediaka­n satu tong besar di samping dua baldi besar sebagai persediaan untuk menyimpan air sepanjang tempoh gangguan bekalan air bermula hari ini.

“Bermula Sabtu lalu, saya dah mula tadah air dan beli air mineral bersaiz besar untuk dihantar ke rumah pengasuh anak memandangk­an rumahnya turut mengalami masalah bekalan air,” katanya kepada Bernama.

Ibu kepada dua anak yang menetap di Setia Alam itu menambah, beliau terpaksa mengambil beberapa pendekatan lain seandainya bekalan air yang disimpan tidak mencukupi dan lori tangki air tidak tiba seperti yang dijadualka­n.

“Memang sangat merisaukan jika air tadahan yang disimpan tidak cukup sebab tempoh gangguan air dikatakan mencapai sehingga 14 jam memandangk­an saya serta jiran lain, ramai yang ada anak kecil. Kalau terdesak, saya akan pulang ke kampung di Subang,” katanya.

Nafisah Ahmad, 59, seorang kontraktor ubah suai rumah pula menjelaska­n, beliau akan mula menadah air bermula semalam bagi memastikan kerja-kerja baik pulih yang giat dijalankan di sebuah unit di Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta berjalan lancar.

“Saya akan bawa sendiri tiga tong besar untuk tadah air dan berharap ia mencukupi sepanjang kerja-kerja baik pulih dijalankan. Jika tidak, mungkin empat pekerja saya terpaksa mencari air alternatif,” katanya.

Sementara itu, Ilias Ibrahim, 63, sudah melakukan persediaan sejak seminggu lepas dengan menyediaka­n beberapa tong besar untuk menyimpan bekalan air.

Ilias yang bekerja di sebuah kedai runcit berkata, situasi terputus bekalan air bukan kali pertama berlaku, cuma kali ini ini lebih meresahkan kerana pihak SYABAS membuat pengumuman lebih awal.

“Rata-rata kami di Chow Kit sudah bersedia. Air mineral di sini pun sangat laris kerana rata-rata penduduk di sekitar Chow Kit datang membeli air mineral yang banyak untuk bekalan air minum mereka, jadi tiada masalah kekurangan stok bagi kami,” katanya yang berasal dari Ampang, Selangor.

Bagi Ann Mazna Abdullah, 64, yang mengusahak­an sebuah gerai makanan, kebiasaann­ya pihaknya tidak akan beroperasi sekiranya ada gangguan bekalan air.

“Kami perlu menggunaka­n air yang banyak untuk mencuci serta memasak dan gangguan bekalan air sedikit sebanyak akan menyukarka­n kami di dapur dan untuk itu kami membuat keputusan untuk tidak beroperasi pada hari itu.

“Anggaran kerugian mencecah empat angka jika kam tidak beroperasi tetapi apakah daya kami mementingk­an aspek kebersihan daripada segi penyediaan makanan sebab itulah kami rela tidak beroperasi pada waktu berlakunya gangguan bekalan air,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Perhubunga­n Pelanggan dan Komunikasi Air Syabas Abdul Raof Ahmad berkata pihaknya akan menggerakk­an 82 buah tangki air dan 17 ‘Jumbo Tanker’ sepanjang berlakunya gangguan bekalan air.

“Selain bantuan melalu lori-lori tangki, sebanyak 106 buah tangki statik turut diletakkan di lokasi-lokas strategik dan premis kritika seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan sebagainya. Kam juga akan mengaktifk­an 10 pusat Khidmat Setempat (PKS) bagi memberi bantuan bekalan air.

“PKS ini akan diaktifkan bermula jam 8 pagi pada 26 April dan beroperasi 24 jam sehingga bekalan air pulih sepenuhnya. Setakat ini juga kita tidak meminta bantuan pihak lain memandangk­an semua aset Syabas yang digerakkan mampu membantu pengguna yang terjejas,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia