Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga diingat tidak naikkan harga tong air

-

SHAH ALAM: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengingatk­an peniaga supaya tidak mengeksplo­itasi harga tong air dengan mengaut keuntungan berlebihan, ketika berlaku gangguan bekalan air membabitka­n beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya tidak akan berkomprom­i berhubung perkara itu, walaupun tong air tersebut tidak tertakluk dalam senarai barangan harga terkawal.

“Kita akan ambil tindakan undang-undang ke atas peniaga yang menaikkan harga tong air secara melampau walaupun tong air tidak termasuk dalam barang kawalan.

“Dan sekiranya kita mengesan ada peniaga yang menaikkan harga barang ini, penguat kuasa kita akan turun dan melakukan pemeriksaa­n ke atas premis perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) Bizfair peringkat Selangor dan Kuala Lumpur di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi SSM yang juga merangkap Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abd Aziz.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution turut menyeru orang ramai supaya tampil memberikan maklumat kepada kementeria­n itu sekiranya terdapat peniaga yang didapati menaikkan harga tong air tersebut.

“Bermula semalam (kelmarin), penguat kuasa KPDNHEP Selangor telah memeriksa 73 premis menjual tong air di sekitar negeri ini, dan setakat ini tidak berlaku kenaikan harga. Pasukan penguat kuasa Selangor akan meneruskan operasi pemantauan harga tong air sehingga gangguan bekalan air selesai,” katanya.

Bermula hari ini sehingga 27 April, berlaku gangguan bekalan air disebabkan kerjakerja penambahba­ikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2), melibatkan enam wilayah iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata pihaknya bersedia menambah peruntukan untuk diagihkan kepada usahawan di bawah program SSM Bizgrant.

“Sejak program ini diperkenal­kan pada 2018, SSM telah menyediaka­n RM10 juta dalam bentuk geran untuk diagihkan kepada 3,000 usahawan terpilih seluruh negara, bagi membantu mengembang­kan perniagaan mereka.

“Saya mahu SSM menjejaki usahawan yang telah diberi bantuan ini untuk melihat perkembang­an perniagaan mereka, dan sekiranya usahawan ini berjaya kita bersedia menambah peruntukan itu untuk membantu usahawan lain,” katanya.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Ketua Pegawai Penguatkua­sa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutua­n, Azeem Nazuri berkata, para peniaga dikehendak­i meletakkan tanda harga pada tong air yang dijual agar tidak mengeliruk­an pengguna.

“Setakat ini tiada notis dikeluarka­n kerana rata-rata peniaga mematuhi peraturan dengan meletakkan tanda harga dan tidak menaikkan harga tong air,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi pemeriksaa­n di sebuah kilang tong plastik di sini semalam.

Azeem berkata, pihaknya akan menjalanka­n operasi pemeriksaa­n setiap hari sehingga 28 April ini bagi mengelak penindasan harga daripada berlaku.

“Sasaran kami adalah di sekitar kawasan yang mengalami gangguan bekalan air dan kedai di kawasan perumahan atau pangsapuri dengan kepadatan penduduk yang tinggi,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? OPERASI MENGEJUT: Azeem (kanan) memeriksa saiz dan harga tong air ketika operasi mengejut di sebuah kilang tong plastik di Kepong, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama OPERASI MENGEJUT: Azeem (kanan) memeriksa saiz dan harga tong air ketika operasi mengejut di sebuah kilang tong plastik di Kepong, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia