Utusan Borneo (Sarawak)

Burnley ikat Chelsea 2-2, Sarri ‘hilang arah’

-

LONDON, England: Chelsea menuduh Burnley bermain secara membuang masa selepas pengurusny­a, Maurizio Sarri dibuang padang sebelum pergaduhan tepi padang mencemari keputusan seri 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris Isnin lepas.

Chelsea ketinggala­n menerusi gol Jeff Hendrick sebelum N’Golo Kante mengikat kedudukan tidak lama selepas itu.

Pada 24 minit yang menarik di Stamford Bridge, Gonzalo Higuain meletakkan Chelsea di hadapan buat kali pertama tetapi Ashley Barnes menghukum kealpaan pertahanan Chelsea dengan gol penyamaan.

Tanpa kemenangan pada dua perlawanan liga terakhir, Chelsea naik ke tangga keempat liga dengan hanya kelebihan satu mata berbanding Arsenal dan berkongsi mata dengan Tottenhamt­etapimerek­abermainle­bih satu perlawanan berbanding dua pasukan yang tersebut.

Chelsea boleh naik ke tangga ketiga jika menang tetapi sebaliknya mereka mungkin akan tercicir kembali ke tangga kelima jika Arsenal menang pada hari ini.

Ia satu peluang keemasan yang disia-siakan selepas Tottenham, Arsenal dan Manchester United tewas hujung minggu lepas, dengan pemain Chelsea diejek penyokong sendiri pada masa rehat.

Malam Chelsea bertambah buruk apabila Sarri dibuang padang kerana membantah keputusan pengadil pada minit akhir sebelum beberapa anggota di bangku simpanan terlibat dengan pergaduhan dengan pihak di Burnley.

Penolong jurulatih Chelsea, Gianfranco Zola, berkata Sarri berasa begitu “emosional” selepas permainan di mana beliau tidak dapat melaksanak­an tugas bertemu media selepas perlawanan.

“Beliau sangat kecewa kerana beliau ada mendengar kata-kata tidak bagus dilemparka­n ke arah beliau dari pihak (tepi padang) Burnley. Satu-satu sebab beliau menghampir­i kawasan Burnley adalah untuk memberi arahan kepada pemainnya, beliau cuba membantu pengadil,” kata Zola.

Zola menyelar corak permainan Burnley, yang termasuk dengan penjaga gol pasukan lawan, Tom Heaton, dilayangka­n kad kuning pada separuh masa pertama kerana membuang masa.

“Kami tidak gembira. Terlalu banyak membuang masa di pihak mereka. Lima minit masa tambahan tidak mencukupi. Kami tidak dapat membina rentak yang baik,” kata Zola.

“Kami menjangkak­an perlawanan yang sukar, bukan membuang masa. Kami menjangka pengadil memberikan lebih banyak masa tambahan, kerana itu kenapa kami tidak gembira.”

Pemain pertahanan Chelsea, David Luiz, juga menambah kritikan.

“Ia anti-bola sepak. Membuang masa sepanjang permainan, terutama sekali ketika mendapat bola. Pemain mereka sengaja merebahkan diri dan memberhent­ikan rentak permainan,” kata beliau.

Menambah masalah Sarri, dua pemain utamanya, Kante dan pemain sayap, Callum HudsonOdoi, mengalami kecederaan dalam separuh masa pertama.

Burnley membuka jaringan selepas kapten Chelsea, Cesar Azpilicuet­a gagal mengeluark­an bola dari bahaya semasa satu tendangan sudut, membolehka­n Hendrick yang tidak dikawal melakukan rembatan cantik menewaskan penjaga go Kepa Arrizabala­ga.

Kelicikan Eden Hazard membantu Chelsea mengika kedudukan empat minit kemudian dengan satu umpanan cantik yang disempurna­kan Kante.

Chelsea mendahului kedudukan dua minit kemudian apabila Higuainmen­yempurnaha­ntaran Azpilicuet­a tetapi Burnley mengambils­epenuhkese­mpatandar kerapuhan pertahanan Chelsea dengan gol penyamaan pada minit ke-24. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERANG: Sarri (dua kanan) bertikam lidah dengan pegawai perlawanan, Roger East sebelum dibuang padang pada minit akhir perlawanan. Turut kelihatan Zola (kanan).
— Gambar AFP BERANG: Sarri (dua kanan) bertikam lidah dengan pegawai perlawanan, Roger East sebelum dibuang padang pada minit akhir perlawanan. Turut kelihatan Zola (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia