Utusan Borneo (Sarawak)

Benteng pertahanan Arsenal ‘rapuh’ meresahkan Emery

-

LONDON, England: Pengurus Arsenal, Unai Emery, berdepan dilema di benteng pertahanan yang mungkin memberi kesan besar kepada harapan kelab menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di empat tangga teratas liga.

Arsenal bertandang ke Wolves hari ini selepas terlepas peluang mengukuhka­n kedudukan di empat tangga teratas di hadapan sekurangku­rangnya dua pasukan, Tottenham Hotspur dan Chelsea selepas tewas 2-3 kepada Crystal Palace Ahad lepas.

Arsenal sememangny­a cukup rapuh di benteng pertahanan pada perlawanan menentang Palace dengan dua gol dari tendangan bola mati sementara satu lagi gol adalah dari kesilapan pemain pertahanan­nya, Shkodran Mustafi.

Emery memilih untuk merehatkan beberapa pemain selepas kemenangan di Napoli pada minggu sebelumnya yang menyaksika­n Arsenal melangkah ke peringkat separuh akhir Liga Europa.

Sekarang, selepas rancangan itu memakan diri, beliau harus membuat keputusan sama ada mahu mengekalka­n tiga pemain pertahanan yang membolehka­n Mesut Ozil lebih menyerlah membantu serangan, di belakang dua penyerang Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette atau bermain dengan cara selamat dengan empat pemain pertahanan.

Arsenal menang 1-0 di Watford pada perlawanan dengan empat pemain pertahanan dan bertukar kepada tiga pada separuh masa kedua menentang Palace.

Ia tidak mengejutka­n jika Nacho Monreal kembali ke bahagian kiri pertahanan dan Ainsley Maitland-Niles, yang dimasukkan dari bangku simpanan selepas rehat, diturunkan di bahagian kanan pertahanan.

Dilema terbesar Emery ialah jika pemain veteran, Laurent Koscielny boleh diturunkan pada masa Mustafi tidak begitu diyakini dalam padang.

Ahad lepas menunjukka­n bahawa ia bukan kali pertama Mustafi melakukan kesilapan yang membawa kesan besar – cubaan mengawal bola dari Wilfried Zaha membolehka­n Zaha melakukan larian pantas sebelum menjaringk­an gol.

Berita baik buat Arsenal ialah Sokratis Papasthopo­ulos sudah menjalani penggantun­gan dua perlawanan dan dijangka akan diturunkan dalam kesebelasa­n utama.

Pemain kurang berpengala­man, Konstantin­os Mavropanos adalah satu lagi pilihan dan diturunkan dalam kesebelasa­n utama menentang Watford dan Palace tetapi ditukarkan sebelum satu jam permainan menentang Watford.

“Saya mempunyai keyakinan dengan cara kami bermain dan saya mahu bersikap positif kerana musim ini, kami sudah bekerja dan berusaha untuk berada dalam empat tangga teratas,” kata Emery selepas kekalahan kepada Palace.

“Kami juga melangkah ke separuh akhir Liga Europa dan kami boleh berasa bangga dengan sepanjang musim ini.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI HAMBAR: Mustafi (kiri) bergelut mengekang pergerakan penyerang Palace, Wilfried Zaha ketika perlawanan liga di Stadium Emirates, London Ahad lepas.
— Gambar AFP AKSI HAMBAR: Mustafi (kiri) bergelut mengekang pergerakan penyerang Palace, Wilfried Zaha ketika perlawanan liga di Stadium Emirates, London Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia