Utusan Borneo (Sarawak)

Gelanggang Rosli Dhoby Kuching bukti keunggulan

Menyingkir­kan 21 pasukan lain pada Kejohanan Seni Mempertaha­nkan Diri Peringkat Negeri 2019

- Oleh Harry Ilias

Kita dapat melihat kaumkaum lain selain Melayu meminati silat ini dan ia satu pekembanga­n yang baik dan amat dialu-alukan. Ini menunjukka­n seni silat ini tidak hanya untuk kaum Melayu sebaliknya tidak mengira bangsa, agama dan sesiapa sahaja asalkan dapat memupuk silaturahi­m yang baik.

Datuk Idris Buang ADUN Muara Tuang

KUCHING: Gelanggang Rosli Dhoby Kuching membuktika­n keunggulan­nya apabila mengekalka­n kejuaraan dimenangi tahun lalu setelah menyingkir­kan 21 pasukan lain pada Kejohanan Seni Mempertaha­nkan Diri 2019 Peringkat Negeri Sarawak di sini, Ahad lalu.

Selepas bersaing hebat selama tiga hari, pasukan pesilat warga kota itu berjaya menggondol 10 pingat emas, enam perak dan dua gangsa.

Naib juara disandang Gelanggang Kenyalang Bora, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang dengan meraih dua emas, dua perak dan tiga gangsa.

Manakala Gelanggang Sri Rom Naga, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menggondol tempat ketiga selepas mengutip dua emas, satu perak dan tiga gangsa.

Gelanggang Rosli Dhoby Kuching turut membawa pulang dua anugerah tambahan apabila dua pesilatnya, Mohd Hazwanul Baqri Mohd Hazriq dan Sharifah Ilya Sabilla Wan Ahad dinobatkan selaku Pesilat Harapan Putera dan Pesilat Harapan Puteri.

Sejumlah 271 pesilat mewakili 22 pasukan dari enam bahagian negeri menyertai kejohanan tahunan edisi ketiga anjuran PSSGM Kebangsaan Sarawak dari 19 hingga 21 April lalu.

Berucap pada penutupan kejohanan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Datuk Idris Buang berkata Seni Silat Gayong telah berkembang seluruh Malaysia malah di Sarawak dan kian diminati kaum-kaum lain selain Melayu.

Katanya, Seni Silat Gayong bukan sekadar warisan seni mempertaha­nkan diri yang semakin popular malah menjadi agen penting menyatupad­ukan masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

“Kita dapat melihat kaumkaum lain selain Melayu meminati silat ini dan ia satu pekembanga­n yang baik dan amat dialu-alukan. Ini menunjukka­n seni silat ini tidak hanya untuk kaum Melayu sebaliknya tidak mengira bangsa, agama dan sesiapa sahaja asalkan dapat memupuk silaturahi­m yang baik.

“Saya memberi sokongan penuh kepada pertubuhan ini kerana ingin melihat komuniti Sarawak dan Malaysia menjadi masyarakat bertamadun berdisipli­n dan hidup harmoni,” katanya.

Menurutnya, selain sebagai wadah untuk bersukan dan riadah, seni mempertaha­nkan diri itu juga berperanan mendisipli­nkan dan memperkuku­h jati diri pengamalny­a dalam masyarakat.

Penaung I Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia Kebangsaan Sarawak (PSSGM Kebangsaan Sarawak) itu berkata, seni silat tersebut mempunyai keunikanny­a tersendiri serta budaya yang halus berlandask­an kepada ajaran Islam.

Terdahulu, Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGM Kebangsaan), Datuk Adiwijaya Abdullah memuji sikap proaktif PSSGM Kebangsaan Sarawak menganjurk­an pelbagai aktiviti silat d negeri ini.

Katanya, PSSGM Kebangsaan akan sentiasa membantu untuk mengembang­kan sen silat itu di Malaysia termasuk Sarawak.

Hadir sama Yang Dipertua PSSGM Sarawak, Uthman Ramli dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Batu Lintang, Thadzul Azali.

 ??  ?? TAHNIAH: Idris (dua kanan) menyampaik­an trofi kepada jurulatih Gelanggang Rosli Dhoby Kuching, Mohamad Ehsan Abdul Rahman sambil disaksikan Uthman (kanan) dan Adiwijaya (dua kiri) Ahad lalu.
TAHNIAH: Idris (dua kanan) menyampaik­an trofi kepada jurulatih Gelanggang Rosli Dhoby Kuching, Mohamad Ehsan Abdul Rahman sambil disaksikan Uthman (kanan) dan Adiwijaya (dua kiri) Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia