Utusan Borneo (Sarawak)

Nadal berikrar kembali bangkit di Terbuka Barcelona

-

BARCELONA, Sepanyol: Rafael Nadal berkata Isnin lepas di mana beliau tidak akan membuang masa bersedih di atas kekalahan di peringkat separuh akhir kejohanan Siri Master Monte Carlo minggu lepas dan sebaliknya memberikan tumpuan untuk bangkit semula pada kejohanan Terbuka Barcelona di sini.

“Apa yang berlaku telah berlaku, walau apa jua sebabnya,” kata juara 11 kali Terbuka Barcelona selepas satu penampilan promosi pada kejohanan mini di sini.

“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan tetapi saya akan kembali berusaha. Tugas saya ialah untuk mencari diri saya sendiri,” kata Nadal.

Juara 17 kali kejohanan Grand Slam itu, yang kembali ke Monte Carlo selepas kecederaan lutut, mempamerka­n semangat positif selepas tewas kepada Fabio Fognini di separuh akhir.

“Monte Carlo adalah satu langkah ke hadapan berbanding kedudukan saya seminggu sebelum itu,” kata Nadal.

Turut menyertai beliau pada kejohanan mini ialah juara dua kali kejohanan, Kei Nishikori.

Nadal akan memulakan kejohanan di sini menentang Leo Mayer dari Argentina, yang menewaskan Marius Copil 6-3, 6-7(3/7) dan 7-5.

Nadal menganggap penampilan pertama beliau sejak kekalahan Sabtu lepas sebagai ‘normal’.

“Ia hari pertama latihan di tempat yang berbeza. Saya melakukan apa yang harus saya lakukan,” kata beliau.

Beliau sekali lagi melabelkan kekalahan kepada Fognini sebagai “salah satu hari paling buruk di gelanggang tanah liat.”

“Ia realiti. Tiada perlu menyembuny­ikan semua itu. Saya tidak melihat sebarang faedah menafikann­ya.”

Perlawanan pusingan pertama lain di sini menyaksika­n pengarah baharu kejohanan Siri Master Madrid, Feliciano Lopez, yang bermain atas tiket wildcard, tewas kepada rakan senegarany­a dari Sepanyol, Fernando Verdasco 6-4 dan 6-3.

Martin Fucosivcs dari Hungary, menamatkan cabaran Denis Kudla 6-4 dan 6-1 untuk menempah pertemuan menentang pemain pilihan kelima, Stefanos Tsitsipas.

Pemain muda dari Amerika Syarikat (AS), Mackenzie McDonald, menewaskan Taro Daniel dari Jepun 6-2 dan 6-2 dan Juame Munar dari Sepanyol, menyingkir­kan pemain kelayakan dari Portugal, Pedro Sousa 2-6, 6-4 dan 6-0. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia