Utusan Borneo (Sarawak)

SHOAW kekalkan penguasaan ragbi MSSM

-

KUCHING: SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW) sekali lagi mengekalka­n penguasaan sukan ragbi selepas menjuarai Kejohanan Ragbi 15s Bawah 18 Tahun Kuching MSSM untuk kali ketiga berturut-turut di Padang Ragbi Song Kheng Hai di sini.

SHOAW mencatat hatrik selepas memenangin­ya pada 2017 dan 2018.

Skuad bimbingan Zulkaranai­nhisham Sarbini sebagai ketua jurulatih itu menewaskan musuh tradisi, Kolej Abdillah dengan 24-7 dalam aksi final Cup.

SHOAW melakuan tiga ‘try’ dan satu ‘conversion’ untuk mendahului 17-0 pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Kolej Abdillah berjaya merapatkan jurang mata dengan melakukan ‘try’ untuk menjadikan 17-7.

Bagaimanap­un, ia tidak dapat menyekat pemain-pemain SHOAW untuk terus mempamerka­n permainan menarik sekali gus menamatkan perlawanan dengan kemenangan 24-7.

Zulkaranai­nhisham merakamkan tahniah kepada pemain-pemain Bawah 18 tahun SHOAW selepas berjaya memenangi kejohanan tahun ini dengan persembaha­n cukup hebat dipamerkan semua pemain.

“Kita mencatat kemenangan besar di peringkat kumpulan mengunggul­i Kumpulan A dan peringkat suku akhir kita bersaing dengan MRSM Kuching memberi tentangan sengit namun saya percaya serangan kita lebih baik untuk menang 29-3,” katanya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucap terima kasih kepada Presiden Persatuan Ragbi Bahagian Kuching (KDRA) Azizul Anuar Adenan, Naib Presiden Abang Idris Abang Othman, bekas Naib Presiden Kesatuan Ragbi Sarawak merangkap Naib Presiden Kelab Ragbi Kuching Abang Azman Abang Annuar, Ketua Jurulatih MSNS, Nacani Seniu dan Penolong Kanan SMKA SHOAW (Kokurikulu­m) Annur Kiprawi atas kesudian hadir menyaksika­n perlawanan akhir dan menyampaik­an hadiah.

 ??  ?? UNGGUL: Pasukan SHOAW bersama Zulkarnain­hisham (kiri, barisan depan) meraikan kejayaan bersama (berdiri dari kiri, barisan belakang) Abang Idris, Annur, Abang Azman, Azizul dan Nacani pada penutupan kejohanan itu.
UNGGUL: Pasukan SHOAW bersama Zulkarnain­hisham (kiri, barisan depan) meraikan kejayaan bersama (berdiri dari kiri, barisan belakang) Abang Idris, Annur, Abang Azman, Azizul dan Nacani pada penutupan kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia