Utusan Borneo (Sarawak)

Kejuaraan, empat tangga teratas, maruah jadi pertaruhan

City ke Old Trafford dengan azam raih kemenangan untuk jadi pasukan pertama sejak United mempertaha­nkan kejuaraan liga

-

City ke Old Trafford dengan azam raih kemenangan untuk jadi pasukan pertama sejak

United mempertaha­nkan kejuaraan liga

Menentang City di Old Trafford Rabu ini, ia adalah insentif terbesar yang boleh kami terima.

Ole Gunnar Solskjaer Pengurus Manchester United

MANCHESTER, England: Walaupun dengan suasana tegang pertemuan dua kelab ibu kota Manchester, tiada banyak yang dipertaruh­kan untuk kedua-dua pasukan apabila Manchester United menanti kunjungan Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini.

Bagi City, kejuaraan Liga Perdana Inggeris menjadi taruhan dengan skuad kendalian Pep Guardiola memerlukan kemenangan pada baki empat perlawanan liga untuk menjadi pasukan pertama sejak United yang berjaya mempertaha­nkan kejuaraan liga sedekad yang lalu.

Penguasaan United satu dekad yang lalu sudah bagaimanap­un sudah hilang dengan satu tempat dalam empat slot utama dan kelayakan ke Liga Juara-Juara menjadi buruan.

Bagaimanap­un, United juga harus mengembali­kan maruah selepas dibelasah 0-4 di Everton Ahad lepas.

Kekalahan di Goodison Park adalah yang keenam dari lapan perlawanan, satu tempoh yang menyaksika­n mereka tersingkir dari Liga Juara-Juara dan Piala FA dan juga tercicir ke tangga keenam liga.

Tetapi dengan Tottenham, Arsenal dan Chelsea juga gagal mengukuhka­n kedudukan mereka, United masih kurang tiga mata dari empat tangga teratas.

Rentak dan faktor baik dibina oleh Ole Gunnar Solskjaer pada beberapa bulan pertama sebagai jurulatih sementara sudah berakhir.

Sekarang, selepas dilantik sebagai pengurus tetap bulan lepas, beliau harus menunjukka­n keupayaan untuk bangkit semula sebelum rombakan besar-besaran skuad pada musim panas nanti.

Solskjaer mempersoal­kan kadar kerja dan keazaman beberapa pemainnya Ahad lepas,menjadikan satu perubahan skuadpada musim panas bakal berlaku. Bagaimanap­un, beliau terus berharap pemainnya akan menunjukka­n kebangkita­n untuk baki musim ini.

“Menentang City di Old Trafford Rabu ini, ia adalah insentif skjaer selepas kekalahan di Goodison Park.

“Old Trafford adalah gelanggang keramat, di hadapan penyokong setia kami, mereka cukup hebat sekali lagi dan mereka tidak pernah merungut kepada pemain, yang mungkin boleh dilakukan tetapi mereka terus memberikan sokongan dan saya pasti mereka akan memberikan sokongan sekali lagi malam Rabu ini.”

Namun, ada dilema walaupun untuk penyokong United yang mahu menyekat kemunculan City sebagai kuasa baharu bola sepak di kota Manchester.

Jika City gagal menang di Old Trafford, Liverpool – yang secara sejarahnya musuh ketat United – hanya kurang tiga perlawanan untuk memenangi kejuaraan liga yang pertama mereka dalam 29 tahun.

Liverpool sudah mengutip mata tertinggi mereka dalam era Liga Perdana – 88 mata – untuk mendahului City dengan kelebihan dua gol.

Tetapi City kurang satu perlawanan dan boleh kembali ke tangga teratas dengan kemenangan hari ini dan dijangka tidak menghadapi masalah untuk baki tiga perlawanan menentang Burnley, Leicester City dan Brighton.

“Dengan Liverpool di hadapan, kami tahu apa yang akan berlaku jika kami tewas,” tegas Guardiola.

Harapan City untuk memburu empat kejuaraan berkubur apabila disingkirk­an dari Liga Juara-Juara oleh Tottenham Hotspur di suku akhir berdasarka­n peraturan gol di tempat lawan.

Bagaimanap­un, mereka boleh memenangi tiga kejuaraan dengan memenang kejuaraan liga dan Piala FA bulan hadapan selepas memenangi Piala Liga Inggeris pada bulan Februari.

“Saya suka pasukan saya bersaing kejuaraan,” tambah Guardiola.

“Saya tidak akan mengkritik mereka kerana mereka tersingkir dari Liga JuaraJuara. Saya melihat setiap har apa yang telah kami lakukan sejak dua musim yang lalu mereka menunjukka­n karektor setiap tiga hari.

“Saya mempunyai pemain yang bagus tetapi mereka harus melakukann­ya dan apabila orang menjangkak­an mereka melakukann­ya, ia adalah sukar sebenarnya. Kerana itu kami berusaha mendesak mereka dan mereka menyahut cabaran itu.”

City memadam sedikit kekecewaan tersingkir dar Liga Juara-Juara apabila menewaskan Spurs 1-0 dalam liga Sabtu lepas tetapi perancang utamanya, Kevin de Bruyne mengalami kecederaan dan dijangka tidak akan bermain sehingga akhir musim. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? GUARDIOLA terbesar yang boleh kami terima,” kata Sol
SOLSKJAER
GUARDIOLA terbesar yang boleh kami terima,” kata Sol SOLSKJAER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia