Utusan Borneo (Sarawak)

Liga A: Fowler dilantik sebagai jurulatih baharu Brisbane Roar

-

BRISBANE, Australia: Bintang legenda Liverpool, Robbie Fowler, menolak kebimbanga­n di mana beliau kekurangan pengalaman selepas dilantik sebagai jurulatih baharu kelab tercorot Liga A (Australia), Brisbane Roar Selasa lepas.

Bekas penyerang antarabang­sa England berusia 44 tahun itu menandatan­gani kontrak dua tahun untuk jawatan penting pertama beliau sejak bersara sebagai pemain.

“Saya benar-benar tidak sabar dengan cabaran ini dan berazam untuk membawa kejayaan di sebuah kelab yang mempunyai sejarah membanggak­an dalam Liga A,” kata beliau dalam satu kenyataan.

“Saya benar-benar tidak sabar untuk bermula dan melakukan satu perbezaan.”

Fowler pernah menjadi jurulatih dan pemain di kelab di Thailand, Muangthong United, dan juga bekerja bersama akademi Liverpool tetapi selain dari itu, beliau tidak mempunyai pengalaman senior.

Menurut penyiaran Fox Sports, beliau dipilih dari sejumlah sekitar 100 calon untuk satu jawatan yang dikosongka­n selepas John Aloisi meletak jawatan pada lewat bulan Disember.

“Saya tahu orang akan menyebut tentang pengalaman tetapi dari apa yang saya tahu, anda mendapat pengalaman dari tugas yang anda lakukan,” kata Fowler.

“Jika ada orang mahu datang untuk jawatan jurulatih baharu – sama ada anda berpengala­man atau tidak – ia tidak membuktika­n sama ada anda dapat melakukan tugas itu dengan baik atau tidak.”

“Dari apa yang saya tahu, saya adalah pilihan yang baik dan saya akan melakukan segala-gala yang diperlukan untuk melakukan tugas yang baik.”

Ketua Eksekutif Brisbane Roar, David Pourre, berkata beliau gembira di mana mereka memilih orang yang tepat.

“Kelab Bola Sepak Brisbane Roar berasa yakin kami telah melantik seorang yang hebat dan seseorang yang laparkan kejayaan,” kata beliau. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia