Utusan Borneo (Sarawak)

Singapura sahkan kejuaraan Boling Remaja Asia 2019

-

KUCHING: Pasukan Singapura mengesahka­n kejuaraan Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia Ke-20 2019 berlangsun­g di Megalanes Sarawak, E-Mart Batu Kawa di sini semalam.

Saingan hari keempat semalam berlangsun­g sengit, Singapura bangkit menampilka­n belang sebenar dengan menggondol empat pingat emas masing-masing dalam acara All Events Lelaki dan Wanita dan Berempat Lelaki dan Wanita menjadikan kutipan ketika ini dengan lima emas dan dua gangsa.

Malaysia mendominas­i hari kedua sebelum ini jatuh kedudukan kedua dengan kutipan satu emas, tiga perak dan dua gangsa disusuli Filipina dengan satu emas, satu perak dan satu gangsa.

Macau kedudukan keempat dengan satu emas, diikuti Korea Selatan kedudukan kelima dengan tiga perak dan tiga gangsa manakala Australia di tangga keenam dengan satu perak.

Dalam acara berempat lelaki semalam, kuartet Singapura Brandon Ong, Eugene Yeo, Xavier Teo dan Jomond Chia mencatat 5.123 jatuhan pin memastikan kalungan emas.

Filipina meraih perak dengan 4,996 jatuhan pin manakala Korea Selatan merangkul gangsa dengan 4,979 jatuhan pin.

Acara berempat wanita menyaksika­n kuartet negara, Nur Syazwani, Nurul Ayunni, Nurul Alyssa dan Gillian Lim sekadar mencatat 4,617 jatuhan pin untuk meraih gangsa.

Charmaine Chang, Amabel Chang, Jermaine Seah dan Charlene Lim cemerlang menghadiah emas untuk Singapura dengan jatuhan pin terbesar sebanyak 4,664. Korea Selatan merangkul perak dengan jatuhan pin sebanyak 4,628.

“Kita bermula agak tidak menentu namun pemain-pemain kembali mempamerka­n permainan baik hari ini (semalam) dan berjaya mengikut pelan yang dirancang.

“Mereka juga fokus dengan balingan masing-masing. Secara keseluruha­n saya sangat gembira dengan prestasi pasukan lelaki dan wanita kita dan berharap mereka dapat mengekalka­n momentum dalam acara Masters esok (hari ini),” kata Ketua Jurulatih Singapura Helmi Chew ketika ditemu semalam.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Malaysia Robert Lu tetap memuji persembaha­n anak-anak buahnya sambil percaya pemain-pemainnya akan bangkit dalam acara Masters hari ini.

Beliau juga mengucapka­n tahniah kepada pasukan Singapura kerana berjaya menunjukka­n kebangkita­n sekali gus muncul juara keseluruha­n edis kali ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia