Utusan Borneo (Sarawak)

SVA belanja RM50,000 hantar pemain ke Sukan Arafura

-

SIBU: Persatuan Bola Tampar Sibu (SVA) membelanja­kan kira-kira RM50,000 menghantar pemain ke Sukan Arafura 2019 yang diadakan di Darwin, Australia dari 27 hingga 29 April ini.

Presidenny­a, Dr William Ting berkata perbelanja­an tersebut termasuk tiket penerbanga­n, penginapan hotel, logistik dan lain-lain.

“Mesej kami jelas iaitu menyediaka­n SVA membuat persiapan awal untuk edisi seterusnya iaitu Sukan Malaysia (SUKMA 2020) di Johor,” katanya pada majlis penyampaia­n bendera negeri di Stadium Bola Tampar Sibu semalam.

Hadir sama Pengerusi SVA, Datuk Moh Wung Ming.

Pada SUKMA 2018 di Kuching lalu, skuad bola tampar Sarawak hanya berjaya meraih dua pingat perak untuk pasukan lelaki dan wanita.

“Kami perlu bekerja keras mendapatka­n kembali pingat emas untuk pasukan bola tampar negeri,” ujarnya.

Ting berkata, ini adalah kali pertama SVA dijemput mengambil bahagian pada kejohanan Sukan Arafura 2019.

Beliau memberitah­u SVA menghantar pasukan lelaki dan wanita untuk kejohanan itu dan pemain-pemain yang mengambil bahagian termasuk dari Mukah, Sarikei, Meradong, Bintulu dan Sibu.

“Kejohanan ini sebagai pemangkin bagi pemain-pemain meningkat taraf dan kemahiran mereka kerana bakal beraksi menentang pemainpema­in lebih berpengala­man dari negara lain,” katanya.

Beliau juga mengingatk­an pemain-pemain menghargai peluang tersebut untuk meningkatk­an prestasi serta memperbaik­i segala kelemahan masing-masing.

Katanya, Sukan Arafura adalah acara sukan unik di mana atlet-atlet dari 33 buah negara seluruh dunia bersaing diadakan setiap dua tahun di Darwin, Wilayah Utara Australia.

Sebanyak 17 sukan dipertandi­ngkan termasuk bola keranjang, badminton, bola tampar pantai, tinju, bot naga, bola sepak, hoki, bola tampar, muaythai, bola jaring, layar, sepak takraw, berenang, pingpong, tenis dan angkat berat.

 ??  ??
 ??  ?? SEDIA BERJUANG: Ting (lima dari kiri) menyerahka­n bendera negeri kepada jurulatih bola tampar, Lee Ching Tuong sambil disaksikan oleh Moh (enam kiri) di Sibu semalam.
SEDIA BERJUANG: Ting (lima dari kiri) menyerahka­n bendera negeri kepada jurulatih bola tampar, Lee Ching Tuong sambil disaksikan oleh Moh (enam kiri) di Sibu semalam.
 ??  ?? KAMI JUARA: Pasukan lelaki dan wanita Singapura meraikan kejayaan mereka menjuarai Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia Ke-20 di Kuching semalam.
KAMI JUARA: Pasukan lelaki dan wanita Singapura meraikan kejayaan mereka menjuarai Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia Ke-20 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia