Utusan Borneo (Sarawak)

Salah informasi punca ibu bapa tidak percayakan vaksin

- Oleh Shaidathul Suhana Ros

SUASANA di Klinik Kesihatan Ayer Keroh, Melaka begitu sesak walaupun jarum jam baru menunjukka­n jam 7.30 pagi, menunjukka­n betapa orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menggunaka­n kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan.

Sambil duduk memeluk anak lelaki saya berusia tujuh tahun yang demam, selsema dan batuk, saya memerhatik­an orang-orang yang ada di sekeliling saya sehinggala­h kepada seorang ibu muda yang berada di sebelah saya.

Aida (bukan nama sebenar) sedang mengendong bayinya yang sedang nyenyak tidur walaupun keadaan sekeliling agak bising. Dia kelihatan resah, di tangannya ada risalah mengenai imunisasi.

Apabila diajak berbual, Aida memberitah­u penulis dia masih raguragu dan tidak yakin untuk memberikan vaksin kepada bayi perempuann­ya yang berusia lapan bulan itu.

Semuanya garagara membaca satu artikel di laman sosial mengenai keburukan penggunaan vaksin.

“Semasa anak saya berusia dua bulan, saya sudah tak bawa anak saya ke klinik kerana ada maklumat mengatakan vaksin boleh membawa maut, ada bahan berbahaya dan haram. Sekarang, saya masih was-was dan takut. Adakah kakak percayakan vaksin?” Aida melontarka­n soalan kepada penulis.

Untuk menyakinka­n ibu muda itu, saya memberitah­u anak saya diberikan vaksin mengikut jadual imunisasi yang ditetapkan di dalam buku ‘Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak (0-6 Tahun)’ yang disediakan Kementeria­n Kesihatan.

TERPENGARU­H MAKLUMAT SALAH

Aida sebenarnya bukan seorang sahaja yang bimbang serta keliru dengan keperluan vaksin untuk bayinya.

Pakar Pediatrik Hospital Pantai Ayer Keroh Dr Hayati Jaafar menjelaska­n bahawa ilmu pengetahua­n dan pemahaman mengenai penggunaan vaksin yang masih rendah adalah antara faktor menyebabka­n masyarakat merasa bimbang dan mudah terpengaru­h dengan maklumat dan ideologi salah yang diperolehi melalui laman sosial.

Beliau berkata apa yang membimbang­kan ialah apabila terdapat golongan antivaksin yang terdiri daripada kalangan profesiona­l seperti doktor yang sudah pasti mempunyai lebih kepakaran mengenai fungsi vaksin, tetapi malangnya lebih mengecewak­an lagi mereka menjadi penggalak kepada antivaksin.

“Apa sahaja fakta mengenai keselamata­n, efikasi dan konteks agama semuanya sudah dirungkaik­an sebelum ini melalui pelbagai medium. Walaupun golongan antivaksin ini maklum akan fakta tersebut, mereka tetap dengan kebongkaka­n serta kedegilan untuk tidak memilih vaksin.

“Doktor juga ada yang antivaksin, walhal mereka lebih faham tentang imuniti, keberkesan­an dan keselamata­n vaksin namun akhirnya memilih untuk menjadi antivaksin. Saya percaya golongan antivaksin sudah membuat penyelidik­an tetapi mereka menjadi selektif dan bias terhadap apa yang mereka percaya,” katanya.

Menurut beliau, memang menjadi etika bagi pengamal perubatan untuk bersikap telus dengan segala ubat atau vaksin yang diberikan kepada pesakit.

Mereka juga perlu memberi keterangan mengenai kesan sampingan yang mungkin berlaku terhadap kesihatan tubuh seseorang, namun itu bukanlah bermaksud ianya tidak selamat digunakan.

PENCEGAHAN PENYAKIT TERBAIK

Dr Hayati berkata, pemberian vaksin kepada bayi dan kanak-kanak adalah satu pencegahan penyakit yang terbaik dan berkesan dengan tujuan mencetuska­n kebolehan sistem pertahanan badan bagi melawan bakteria atau virus yang menyerang tubuh setiap individu.

“Vaksin dihasilkan daripada kuman yang dimatikan atau dilemahkan. Apabila seseorang diberikan vaksin, secara semula jadi tubuh mereka akan menerima reaksi imun yang akan mencipta antibodi yang disimpan dalam ‘memori’ pertahanan badan dan akan digunakan ketika badan berhadapan dengan penyakit.

“Sesetengah penyakit diciptakan vaksin kerana penyakit itu tergolong dalam penyakit yang tidak boleh diubati, sangat mudah dijangkiti antara satu individu dengan individu yang lain terutamany­a kanak-kanak dan komplikasi­nya sangat merbahaya sehingga boleh membawa maut,” katanya.

Menurut Dr Hayati, hanya kanak-kanak yang menghidap penyakit tertentu seperti HIV, ‘Congenital Immune Deficiency’ atau dirawat dengan ubat steroid, ubat kanser dan radioterap­i dikecualik­an daripada suntikan vaksin termasuk mereka yang sedang menerima rawatan ‘immunoglob­ulin’ dan selepas enam bulan (rawatan immunoglob­ulin) barulah boleh diberikan vaksin.

Untuk rekod, pemberian suntikan vaksin imunisasi secara percuma di Malaysia sudah pun dilakukan sejak tahun 1950-an menerusi Program Imunisasi Kebangsaan yang antara lain bertujuan mencegah 12 jenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu.

Penyakit cegahan vaksin ialah Tibi (Tuberculos­is), Hepatitis B, Difteria, Pertussis (Batuk Kokol), Tetanus, Polio, Penyakit HIB (Haemophilu­s Infuenza Type B), Measles (Campak), Mumps (Beguk), Rubella, Penyakit Human Papillomav­irus (HPV) dan Japanese Encephalit­is.

Hasil program tersebut menunjukka­n kesan yang amat positif apabila angka kematian kanak-kanak menurun sebanyak 85 peratus sekitar tempoh tahun 1970 hingga 2017, selain suntikan vaksin imunisasi juga berjaya membasmi penyakit cacar dan polio di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

BUKAN PENYEBAB AUTISME

Dr Hayati berkata, perkaitan antara vaksin terutama MMR - ‘Measles’ (Campak), ‘Mumps’ (Beguk) dan ‘Rubella’ dan autisme merupakan suatu mitos terbesar dalam bidang perubatan dan lebih malang, teori tidak tepat itu seringkali diulang oleh golongan antivaksin.

Menurut beliau perkara berkenaan dicetuskan oleh seorang pengkaji perubatan dari Britain, Andrew Wakefield pada 1998 yang mendakwa beliau menemui punca mengapa ramai kanak-kanak zaman kini menghidap autisme berdasarka­n kajiannya melibatkan 12 orang pesakit yang mempunyai sejarah pengambila­n vaksin MMR.

“Sedangkan sebahagian pesakit itu tiada masalah autisme dan ada juga yang sudah mempunyai masalah saraf sebelum mengambil vaksin MMR. Kemudian pada 2010, kajian doktor berkenaan ditarik balik kerana dia didapati menipu data dalam kajiannya,” kata Dr Hayati.

Beliau berkata, kegusaran lain yang menyebabka­n kebanyakan golongan yang menentang penggunaan vaksin adalah kerana terdapatny­a bahan aluminium dan merkuri di dalam sesetengah vaksin yang mereka dakwa boleh memberi kemudarata­n kepada otak kanak-kanak.

“Misalnya merkuri dalam vaksin influenza, selepas pemerhatia­n dibuat tiada apa-apa masalah yang berlaku terhadap mereka yang menerimany­a begitu juga aluminium dalam vaksin, walhal kandungan aluminium dalam badan jika mengambil susu ibu dan susu formula lebih tinggi berbanding daripada aluminium dalam vaksin,” katanya.

BERI PERLINDUNG­AN

Menurut Dr Hayati, bagi memastikan imuniti kelompok di negara ini terus dikekalkan, pemberian vaksin sangat perlu diberikan kepada kanak-kanak sekali gus dapat memberi perlindung­an kepada individu atau mereka yang tidak boleh menerima suntikan vaksin.

Beliau berkata, justeru itu, ibu bapa yang belum memberikan vaksin kepada anak mereka dinasihatk­an agar membawa kanakkanak itu ke klinik kesihatan kerajaan atau swasta berhampira­n untuk mendapatka­n imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan.

“Kita sentiasa terbuka untuk menjawab kemusykila­n dan keraguan ibu bapa terhadap vaksin dan harapan saya agar ibu bapa faham bahawa mengambil vaksin bukan sahaja untuk kepentinga­n anaknya sendiri tetapi demi kepentinga­n anak-anak dalam sesuatu komuniti,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERPENGARU­H: Pakar Pediatrik Hospital Pantai Ayer Keroh, Dr Hayati memeriksa pesakitnya Putra Shahid Amsyar Ahmad Hisyam, 7, selepas ditemu bual mengenai kepentinga­n suntikan vaksin Imunisasi ke atas kanak-kanak di Melaka, baru-baru ini.
— Gambar Bernama TERPENGARU­H: Pakar Pediatrik Hospital Pantai Ayer Keroh, Dr Hayati memeriksa pesakitnya Putra Shahid Amsyar Ahmad Hisyam, 7, selepas ditemu bual mengenai kepentinga­n suntikan vaksin Imunisasi ke atas kanak-kanak di Melaka, baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERJELAS: Dr Hayati pada temu bual mengenai kepentinga­n suntikan vaksin Imunisasi ke atas kana-kanak.
— Gambar Bernama PERJELAS: Dr Hayati pada temu bual mengenai kepentinga­n suntikan vaksin Imunisasi ke atas kana-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia