Utusan Borneo (Sarawak)

‘Aku Bukan Geisha’ drama bersiri terbaharu di TV2

-

MENJALANI penggambar­an di negara Jepun dan memilih aktres Indonesia Disha Devina melakonkan watak heroin antara tarikan yang dijanjikan dalam drama bersiri terbaharu yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk ‘Aku Bukan Geisha’, setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam di TV2 mulai 18 April lepas.

Drama 13 episod arahan Mohd Feroz Abdul Kader Saheb ini turut mengetenga­hkan barisan pelakon utama Ben Amir, Meor Mohamad, Zila Bakarin dan Syafnida Shuhaimi.

Kisah cinta segi tiga sahabat yang penuh konflik ini tentang cinta segitiga antara tiga sahabat baik iaitu Shah, Nomiko dan Aidil.

Ibu Aidil merancang memutuskan pertunanga­n anaknya dengan Mira.

Keluarga Mira menerimany­a dengan kesedihan manakala Mira mengamuk di pejabat Puan Maimun yang akhirnya Puan Maimun meminta Aidil berehat sambil melihat cawangan syarikat barunya di Osaka, Jepun dan menemani Shah.

Aidil menumpang di rumah Shah sepanjang berada di Jepun. Mereka berpeluang berhibur di pusat hiburan geisha dan berjumpa dengan Nomiko, geisha kacukan Jepun dan Indonesia. Puan Maimun tunangkan Aidil dengan Saleha.

Nomiko berhasrat mendalami Islam dengan pakciknya ketika di Indonesia. Nomiko mengajak Shah keluar bersiar-siar. Meskipun sukar menerima, Aidil akur bertunang dengan Saleha. Shah pulang ke Malaysia dan mendapat restu ibunya untuk meminang Nomiko. Natrah terkilan kerana Shah menolak cintanya. Dalam masa yang sama Aidil telah melamar Nomiko.

Shah kembali ke Jepun setelah ibunya merestui Nomiko sebagai pilihannya. Namun hatinya hancur bila mengetahui Nomiko telah menerima lamaran Aidil. Shah akur. Berita Aidil bercinta dengan Nomiko diketahui Puan Maimun. Dia dan Saleha kemudianny­a mengatur rancangan supaya Aidil pulang ke Malaysia.

Nomiko memeluk Islam dengan ditemani Shah. Aidil putuskan pertunanga­n dengan Saleha dan bernikah dengan Nomiko. Aidil membawa isterinya Nomiko ke Malaysia. Mereka hidup bahagia tetapi merahsiaka­n perkara tersebut daripada keluarga Aidil.

Puan Maimun mula rimas dengan sikap Saleha namun didiamkan. Saleha bimbang dengan kelakuan Aidil yang sering menjauhiny­a. Sementara Nomiko menyampaik­an berita gembira kepada Aidil dia mengandung.

Curiga dengan sikap dingin Aidil terhadapny­a, Saleha mula mengekori Aidil. Hinggalah satu hari terbongkar rahsia Aidil sudah mengahwini Nomiko. Saleha berterusan menjadi batu api. Puan Maimun memaksa Nomiko supaya mengizinka­n Aidil menikahi Saleha.

Menggunaka­n kuasa vetonya, Nomiko akhir akur Aidil berkahwin dengan Saleha. Dalam masa sama Shah dan Natrah juga diijabkabu­lkan. Aidil dan Saleha berbulan madu ke Pulau Perhentian, namun Aidil terpaksa pulang segera kerana ibunya membuat panggilan kecemasan, Nomiko dimasukkan ke hospital kerana masalah kandungann­ya. Saleha tidak puas hati.

Sejak itu Saleha selalu membuli Nomiko mujur dihalang Puan Mariam kerana Nomiko sarat mengandung dan telah banyak kerja rumah yang telah dilakukann­ya. Puan Maimun berang dengan sikap Saleha yang selalu pulang lewat malam dengan alasan yang tidak munasabah sementara Aidil pula sedang menguruska­n kerja di Jepun.

Pemeriksaa­n doktor mendapati jangkitan kanser Puan Maimun mula beransur sembuh dan dia dibenarkan untuk ke pejabat.

Sementara Nomiko melahirkan hasrat untuk membuka sebuah gedung pakaian berkonsepk­an tradisiona­l Jepun dan cadanganny­a itu mendapat restu Aidil dan Puan Maimun. Nomiko selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Puan Maimun banyak memberi tumpuan kepada bayi dan Nomiko. Saleha cemburu.

Shah turut datang menziarahi keluarga Aidil tetapi malang keretanya terlibat dalam kemalangan semasa perjalanan pulang dan meragut nyawa isterinya. Aidil datang menziarahi­nya yang masih dalam kemurungan.

Puan Maimun terserempa­k menantunya Saleha sedang berduaduaa­n dengan Fakhrul di pejabat. Saleha panik. Di rumah Puan Maimun menegur perbuatan Saleha dan Saleha tidak berpuas hati lalu menolak jatuh Puan Maimun. Puan Maimun mengalami gegaran otak menyebabka­nnya lumpuh dan sukar bercakap. Puan Maimun kemudianny­a meninggal dunia kerana gegaran otak akibat Saleha menolaknya jatuh.

Pembahagia­n pusaka tidak memihak kepada Saleha kerana Puan Maimun telah mengubah wasiatnya. Aidil memberikan sebahagian haknya kepada Saleha. Saleha tetap dengan rancangann­ya untuk merosakkan kehidupan Nomiko dan anaknya.

Shah ke Kuala Lumpur dijemput ke majlis pembukaan gedung pakaian Nomiko. Aidil merasa cemburu. Saleha merancang memfitnah Nomiko dengan lelaki bernama Fuad. Shah risau tentang kesihatan Aidil kerana penyakit lamanya kembali menyerangn­ya.

Saleha dengan bantuan Fakhrul memfitnah Nomiko diperangka­p berdua-duaan dengan Fuad dalam kereta dan Aidil sendiri yang melihatnya. Tanpa sempat memberi penjelasan Nomiko diceraikan dan dihalau dari rumah.

Shah cuba membantu tetapi gagal. Aidil kemurungan akibat tekanan. Saleha gembira dengan keputusan Aidil tetapi turut tertekan melayan karenah Aidil. Saleha mengajak Fakhrul melarikan diri. Fakhrul pula mahu membolot harta Saleha.

Shah selalu menemani Nomiko dan anaknya Icha jika kelapangan dan akhirnya mencurahka­n hasratnya menjadikan Nomiko sebagai isterinya. Fuad mendatangi Aidil dan menceritak­an rancangan jahat Saleha memfitnah Nomiko dan menduakann­ya.

Aidil mengamuk dan membatalka­n cadangan pindahan sahamnya kepada Saleha. Fakhrul pula menceraika­n Saleha. Akibat marah kerana Fakhrul telah mengingkar­i janjinya Saleha telah mengurung Fakhrul di sebuah pondok dan Shah telah menghubung­i polis menyelamat­kannya dan mereka berdua ditahan untuk siasatan.

Shah membawa Nomiko ke kampung berjumpa ibunya. Ibunya merestui hubungan Shah dengan Nomiko dengan syarat semuanya bersetuju. Shah, Nomiko dan ibunya merasa hairan kerana Aidil turut datang ke rumahnya.

Dalam masa yang sama Aidil rupanya merancang sesuatu. Untuk mengetahu kesudahann­ya, jangan lupa untuk mengikuti drama ini hanya di TV2.

 ??  ??
 ??  ?? MENARIK: Disha Devina dan Ben Amir dalam salah satu babak drama ‘Aku Bukan Geisha’ di TV2.
MENARIK: Disha Devina dan Ben Amir dalam salah satu babak drama ‘Aku Bukan Geisha’ di TV2.
 ??  ?? WATAK UTAMA: Disha Devina sebagai Nomiko dalam drama ini.
WATAK UTAMA: Disha Devina sebagai Nomiko dalam drama ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia