Utusan Borneo (Sarawak)

Lima maut bangunan usang roboh di Algeria

-

ALGIERS: Lima anggota keluarga yang sama terbunuh kelmarin apabila sebuah bangunan usang roboh di ibu negeri Algeria, daerah Casbah yang berdaftar dengan UNESCO, kata pihak berkuasa.

Bangunan empat tingkat di Kota Lama bersejarah terletak di seberang jalan dari bangunan mercu tanda Masjid Ketchaoua, yang dibina semasa pemerintah­an Otoman.

Anggota penyelamat dan anjing pengesan telah menggeleda­h runtuhan bangunan itu sepanjang hari untuk mencari mayat dan mangsa yang masih hidup.

Penduduk berkata mangsa terdiri daripada seorang lelaki, isterinya, adik lelakinya dan dua kanak-kanak; seorang berusia lapan tahun dan seorang lagi bayi yang baru berusia beberapa bulan.

Mereka telah menetap secara haram di dalam bangunan, selepas bekas penghuniny­a dipindahka­n beberapa bulan lepas oleh pihak berkuasa disebabkan oleh kebimbanga­n mengenai bangunan itu, kata penduduk.

Penduduk menyalahka­n pihak berkuasa bagi tragedi tersebut dan menghalau gabenor Algiers ketika beliau tiba di tempat kejadian, memaksanya untuk meninggalk­an kawasan sambil diawasi oleh pengawal peribadi dan polis, kata seorang wartawan AFP.

Beberapa jam kemudian televisyen negara mengumumka­n pemecatan gabenor dan penyingkir­an lima orang dari 48 wilayah di negara ini, tanpa memberikan sebarang penjelasan.

Seorang wanita di tempat kejadian menyatakan bahawa bangunan “terlalu usang” dan sepatutnya “diubah suai atau dimusnahka­n.”

Beliau berkata pihak berkuasa telah membaiki bahagian depan bangunan bagi perasmian Masjid Katchaoua pada tahun lepas selepas rumah ibadat itu menjalani kerja pengubahsu­aian selama tiga tahun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia