Utusan Borneo (Sarawak)

Misi menyelamat mangsa gempa bum di Filipina

Tatkala puluhan penduduk dikhuatiri tertimbus di bawah bangunan runtuh, jumlah kematian cecah 11

-

PORAC: Anggota pasukan penyelamat Filipina semalam berusaha sedaya upaya untuk sampai kepada puluhan penduduk yang dikhuatiri tertimbus di bawah sebuah bangunan dekat Manila yang runtuh sehari sebelum itu dalam kejadian gempa bumi kuat, manakala jumlah kematian meningkat kepada 11 orang.

Gempa bumi berukuran 6.3 itu berlaku di barat laut ibu negara kelmarin, kata saintis dari Jabatan Survei Geologi Amerika Syarikat, yang menyebabka­n kerosakan serius kepada sebuah lapangan terbang dan penduduk tempatan yang ketakutan lari dari bangunan pencakar langit yang bergoyang.

Kerosakan terburuk berlaku di wilayah Pampanga, yang merupakan lokasi bagi kesemua 11 kematian. Puluhan lagi cedera disebabkan oleh runtuhan batu bata yang jatuh, termasuk di Manila, kata pegawai bencana.

Jumlah kematian dijangka meningkat manakala kru dikerahkan ke seluruh wilayah untuk menilai kerosakan di kampung kecil yang terpencil dan terputus bekalan elektrik dan komunikasi dalam salah satu gegaran paling kuat di kawasan itu sejak sekian lama.

Puluhan anggota pasukan penyelamat di bandar Porac menggunaka­n kren dan gerudi tukul untuk mengalih struktur konkrit sebuah bangunan empat tingkat yang diratakan dan di mana 30 orang tidak dapat dikesan.

“Mereka (penyelamat) masih mendengar sekurangku­rangnya seorang individu masih hidup,” kata Gabenor Pampanga, Lilia Pineda, kepada wartawan.

“Orang ini tertimbus di bawah lempeng konkrit.”

Gempa bumi turut merosakkan beberapa bangunan gereja berusia berabad-abad yang penuh sesak dengan jemaat sejak beberapa hari lalu apabila Filipina yang mempunyai majoriti penduduk Katolik meraikan perayaan Easter.

Bangunan pencakar langit di ibu negara bergoyang selepas gegaran melanda pada petang Isnin, yang meninggalk­an beberapa bangunan dengan rekahan besar pada dinding.

Gempa itu berpusat di bandar Castillejo­s, kira-kira 100 kilometer ke barat laut Manila, kata pakar geologi tempatan.

Seorang jurulatih seni pertahanan diri, Dani Justo, memberitah­u AFP dia berada di kediamanny­a di selatan Manila ketika gempa berlaku.

“Pakaian yang dijemur di ampaian benar-benar bergoyang. Anjing ‘shih tzu’ saya jatuh tertiarap di atas tanah,” tambahnya.

Filipina merupakan sebahagian daripada ‘Lingkaran Api’ Pasifik, kawasan lilitan kegiatan seismik kuat dari Jepun yang cenderung mengalami gempa bumi, seterusnya menelusuri Asia Tenggara dan merentasi lembah Pasifik. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MISI MENYELAMAT: Penyelamat membawa keluar mangsa dari Pasar Raya Chuzon yang runtuh di Porac, Pampanga, selepas gempa bumi kuat melanda utara Filipina kelmarin.
— Gambar AFP MISI MENYELAMAT: Penyelamat membawa keluar mangsa dari Pasar Raya Chuzon yang runtuh di Porac, Pampanga, selepas gempa bumi kuat melanda utara Filipina kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia