Utusan Borneo (Sarawak)

New IRA mengaku bunuh wartawan Lyra McKee: Media

-

LONDON: Kumpulan penentang republikan New IRA semalam mengaku bertanggun­gjawab ke atas pembunuhan wartawan dari Ireland Utara Lyra McKee semasa rusuhan di Londonderr­y pada minggu lepas, dalam satu kenyataan kepada akhbar The Irish News.

New IRA “memohon maaf sepenuhnya dan dengan ikhlas kepada pasangan, keluarga dan sahabat Lyra McKee di atas kematianny­a”, ia menyebut dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh akhbar Irish itu, yang menyatakan kumpulan separa tentera itu menggunaka­n satu kata kod yang dikenali.

McKee, 29, ditembak di kepala lewat Khamis lalu ketika penentang republikan bertelingk­ah dengan polis di estet perumahan Creggan di bandar raya kedua Ireland Utara, juga dikenali sebagai Derry.

Walaupun mengaku bertanggun­gjawab, New IRA cuba mewajarkan tindakanny­a dengan mendakwa McKee terbunuh sewaktu serangan ke atas “pasukan musuh” dan menuduh polis mencetuska­n rusuhan yang berlaku sebelum kematianny­a.

“Ketika kami menyerang musuh, Lyra McKee terbunuh secara tragis kerana berdiri di sebelah pasukan musuh,” kenyataan itu menyebut.

“Pada Khamis malam, ekoran serangan ke atas Creggan oleh tentera diraja British bersenjata berat yang mencetuska­n rusuhan, IRA mengerahka­n sukarelawa­n kita untuk melawan,” kenyataan New IRA itu menyebut, menurut akhbar The Irish News.

Ekoran kematianny­a, enam parti politik utama di Ireland Utara, termasuk penyokong penyatuan dan anggota republikan yang tidak dapat menubuhkan kerajaan wilayah selama lebih dua tahun, mengeluark­an satu kenyataan bersama yang unik.

“Ia merupakan satu tindakan yang sia-sia dan tidak bermakna untuk memusnahka­n kemajuan yang dicapai sejak 20 tahun lalu, yang menerima sokongan meluas rakyat di mana-mana sahaja,” katanya.

Pembunuhan itu, peningkata­n terbaharu dalam keganasan yang menggegark­an wilayah bermasalah itu, berlaku menjelang hujung minggu Easter, apabila golongan republikan yang menentang kehadiran Britain di Ireland Utara memperinga­ti ulang tahun pemberonta­kan menentang pemerintah­an Britain pada 1916.

Satu serangan bom kereta dan perampasan dua van di Londonderr­y pada awal tahun ini juga dikaitkan dengan sebuah kumpulan penentang separa tentera.

Perjanjian damai ‘Good Friday’ pada 1998 umumnya menamatkan pertumpaha­n darah mazhab selama tiga dekad antara pasukan separa tentera penyatuan dan republikan, selain angkatan tentera Britain, dalam tempoh yang dikenali sebagai ‘The Troubles’.

Kira-kira 3,500 terkorban dalam konflik itu, kebanyakan­nya di tangan Tentera Republikan Irish (IRA).

Kumpulan itu mengumumka­n gencatan senjata muktamad pada 1997 dan mengumumka­n penamatan kempen bersenjata pada 2005, dengan menyatakan ia akan berusaha untuk mencapai matlamatny­a menerusi kaedah politik yang aman.

New IRA merupakan sebuah daripada beberapa kumpulan separa tentera republikan yang menentang peralihan kepada taktik tidak ganas untuk mewujudkan sebuah negara Ireland yang bersatu.

Terdapat kebimbanga­n bahawa pasukan separa tentera mungkin mahu mengambi kesempatan ke atas pergolakan politik sekarang berhubung Ireland Utara dan sempadanny­a dengan Republik Ireland yang dicetuskan oleh Brexit.

Pengebumia­n McKee akan berlangsun­g pada hari in (Rabu) di Katedral St Anne di Belfast.

“Ia akan meraikan kehidupann­ya,” kata pasanganny­a Sara Canning dalam satu tulisan Facebook, sambi menggesa orang ramai untuk memakai kemeja Harry Porter atau dengan tema Marvel.

“Saya tahu beliau pasti amat menyukainy­a.” — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Seorang wanita menandatan­gani buku takziah di Guildhall untuk McKee yang ditembak mati di Londonderr­y, Ireland Utara, pada Sabtu lepas.
— Gambar Reuters PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Seorang wanita menandatan­gani buku takziah di Guildhall untuk McKee yang ditembak mati di Londonderr­y, Ireland Utara, pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia