Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Nigeria pandu kereta rempuh perarakan Easter, 10 maut, 30 kanak-kanak cedera

-

KANO: Sepuluh orang maut dan lebih 30 lagi cedera apabila seorang anggota polis merempuh keretanya ke arah sekumpulan kanakkanak semasa perarakan Hari Easter di utara Nigeria semalam, sebelum dia sendiri dibunuh orang awam yang berang, beberapa saksi dan sumber polis memberitah­u wartawan AFP.

Insiden berdarah itu berlaku pada Ahad lepas apabila anggota polis yang tidak bertugas itu memandu keretanya ke arah satu perarakan sempena Hari Easter di Gombe, menurut jurucakap polis negara Mary Mallum.

“Sepuluh orang terbunuh, termasuk anggota polis dan seorang anggota separa tentera yang bersama dengannya,” kata Mallum.

“Kami mendapat tahu anggota polis tersebut dan rakannya yang tidak memakai pakaian seragam telah diserang dan dibunuh oleh orang ramai yang marah,” jelas beliau.

“Seramai 30 kanak-kanak lagi tercedera dan sekarang berada di hospital ketika siasatan sedang dilakukan,” tambah Mallum.

Menurut beberapa saksi di tempat kejadian ketika dihubungi oleh AFP, anggota polis itu dengan sengaja memandu kereta ke arah orang ramai selepas satu pergaduhan mengenai perarakan yang menghalang lalu lintas.

“Pemandu kereta itu bertengkar dengan sekumpulan kanak-kanak sebelum mereka memberi jalan kepadanya untuk lalu, hanya untuk dia, dalam keadaan sangat marah, berpusing dan memandu ke arah mereka,” kata Isaac Kwadang, ketua Boys Brigade di Gombe.

“Dia telah melakukann­ya dengan sengaja,” kata Kwadang.

Perarakan keagamaan adalah biasa dilakukan oleh penganut Kristian dan Islam semasa perayaan dan acara keagamaan di Nigeria di mana jalan raya telah dihalang, mencetuska­n kekecohan lalu lintas.

Pada Disember 2016 sekurang-kurangnya 13 pelajar sekolah Islam terbunuh apabila sebuah bas terbabas dari jalan raya dan merempuh perarakan sempena Maulidur Rasul di Malam Side, 20 kilometer dari Gombe. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia