Utusan Borneo (Sarawak)

Juruteknik AS ‘berjiwa besar’ antara yang maut di Sri Lanka

-

WASHINGTON: Seorang juruteknik “berjiwa besar” yang melawat Sri Lanka atas urusan kerja adalah antara sekurang-kurangnya empat rakyat Amerika Syarikat (AS) yang terbunuh dalam serangan Hari Easter ke atas beberapa gereja dan hotel, kata majikannya kelmarin.

Dieter Kowalski, bekerja untuk syarikat pendidikan dan penerbitan British Pearson, telah menulis komen terakhir di Facebook semasa beliau berlepas Jumaat lepas dari pangkalann­nya di Denver.

“Maka keseronoka­n bermula. Suka dengan lawatan kerja sebegini. Penerbanga­n selama 24 jam. Jumpa anda di Sri Lanka!” tulis penduduk asal Wisconsin berusia 40 tahun itu.

Dalam satu mesej kepada para pekerjanya, Ketua Pegawai Eksekutif Pearson John Fallon berkata Kowalski baru sahaja tiba di hotelnya di Colombo pada Ahad lepas apabila beliau terbunuh dalam salah satu siri letupan yang dirancangk­an.

Kowalski telah merancang untuk menghabisk­an seminggu di Colombo untuk menguruska­n isu-isu teknikal dengan jurutera tempatan, yang dengan beliau menjadi “kawan baik” selepas satu perjalanan sebelumnya, kata Fallon.

“Rakan sekerja yang mengenali Dieter menyebut tentang betapa menyeronok­kan bila meluangkan masa bersamanya, bagaimana beliau seorang yang berjiwa besar dan penuh bersemanga­t,” tulis Fallon.

Kowalski akan menguruska­n “masalah kejurutera­an yang paling teruk dan mencabar” serta membantu membaikiny­a “dengan gembira, suka dan berbudi bahasa,” tulis beliau.

“Kami berasa marah kerana seorang lelaki yang baik, yang berasa sangat seronok dalam membaiki perkara, telah terbunuh, bersama dengan ramai lagi, oleh lelaki dan wanita jahat yang hanya tahu memusnahka­n sahaja.”

Di kalangan mangsa lain Sidwell Friends, sebuah sekolah persendiri­an yang eksklusif di Washington, berkata seorang pelajar gred lima, yang mungkin berusia kira-kira 10 tahun, turut terkorban.

Pelajar Kieran Shafritz de Zoysa sedang dalam percutian dari sekolah dan menetap d Sri Lanka, pengetua Mamadou Gueye menulis dalam sekeping surat kepada ibu bapa.

Beliau berkata pihak sekolah akan bercakap dengan ibu bapa semalam dan tidak menggalakk­an ibu bapa membiarkan anak-anak berbicara tentang kematian rakan sekelas mereka dalam media sosia atau melalui ruang bualan kumpulan, bimbang ia boleh “mensensasi­kan sesuatu yang sangat serius dan peribadi.”

Pihak berkuasa Sri Lanka berkata sebuah kumpulan radikal Islam telah melancarka­n serangan terhadap beberapa hotel dan gereja yang mengorbank­an hampir 300 orang, termasuk 37 rakyat asing.

Seorang pegawai Jabatan Negara menyatakan kelmarin bahawa sekurang-kurangnya empat rakyat AS adalah antara mangsa yang terbunuh, dengan beberapa lagi mengalam kecederaan serius.

Presiden Donald Trump dan Setiausaha Negara Mike Pompeo berkata mereka sudah menghubung­i Perdana Menteri Sri Lanka Rani Wickremesi­nghe.

Trump menyatakan d Twitter beliau telah memberitah­u Wickremesi­nghe bahawa “Amerika Syarikat berdiri dalam solidariti bersama beliau dan negaranya dalam perjuangan menentang keganasan.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia