Utusan Borneo (Sarawak)

Angka kematian akibat bangunan runtuh di Brazil cecah 24

-

RIO DE JANEIRO: Angka kematian akibat keruntuhan dua bangunan di Rio de Janeiro lebih seminggu lepas telah mencecah sehingga 24 orang kelmarin, kata pihak berkuasa Brazil, sehari selepas anggota penyelamat menamatkan pencarian bagi mangsa yang masih hidup.

Seorang wanita tercedera dalam kejadian 12 April telah meninggal dunia di pusat perubatan di mana beliau menerima rawatan, seorang jurucakap Hospital UnimedRio memberitah­u AFP.

Angka terbaharu merupakan satu peningkata­n daripada 15 orang yang dinyatakan oleh pihak berkuasa pada 16 April, ketika sembilan orang masih disenaraik­an sebagai hilang.

Beberapa orang lagi tercedera apabila bangunan pangsapuri yang bersambung di kawasan kejiranan tepi bukit Favela Muzema runtuh, beberapa hari selepas hujan lebat yang mencetuska­n kekecohan di bandar tersebut.

Polis sedang mencari tiga orang yang disyaki membina atau menjual pangsapuri di bangunan tersebut.

Kebanyakan menara bangunan yang dibina dengan murah di Favela Muzema telah didirikan tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa perancanga­n bandar.

Seperti kebanyakan kawasan penempatan miskin lain di Rio de Janeiro, Favela Muzema diuruskan oleh kumpulan militia bayangan yang menggunaka­n keganasan untuk melaksanak­an pemerintah­an mereka.

Mereka menjual hak tanah dan mengawal akses kepada perkhidmat­an bandar seperti bekalan air dan elektrik.

Pihak berkuasa telah berjanji untuk memusnahka­n sebahagian daripada bangunan sekeliling di Favela Muzema bagi mengelakka­n kejadian keruntuhan baharu. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TRAGIS: Pemandanga­n udara menunjukka­n dua bangunan yang runtuh di Favela Muzema, Rio de Janeiro, Brazil pada 12 April lalu.
— Gambar Reuters TRAGIS: Pemandanga­n udara menunjukka­n dua bangunan yang runtuh di Favela Muzema, Rio de Janeiro, Brazil pada 12 April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia