Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan terus pantau prestasi ringgit

Ringgit terjejas apabila pelabur bimbang kemungkina­n Malaysia tidak lagi layak disenarai dalam WGBI

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memantau prestasi ringgit dalam pasaran mata wang asing berikutan penyusutan nilai unit tempatan itu baru-baru ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Malah, jelas beliau, prestasi ringgit juga sewajarnya dinilai berasaskan unjuran tahunan berbanding harian berikutan turun naik ringgit dalam pasaran harian yang merupakan sesuatu yang biasa berlaku.

“Turun naik ringgit itu adalah perkara biasa. Oleh itu, kita perlu melihat prestasi ringgit bagi tempoh melebihi setahun.

“Jika kita buat (penilaian) berasaskan unjuran harian, ini sebenarnya kurang tepat. Biarlah kita melihat unjuran itu pada akhir tahun,” katanya dalam temu bual dengan beberapa media tempatan, termasuk Bernama pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejatuhan nilai ringgit baru-baru ini dan sama ada kerajaan berhasrat untuk melaksanak­an campur tangan dari segi polisi bagi mengekang penyusutan nilai mata wang tersebut.

Perkembang­an ringgit itu dikaitkan dengan tindakan penyedia indeks global FTSE Russell pada minggu lepas untuk menilai semula Malaysia dari segi akses pasaran dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia FTSE (WGBI) berikutan kebimbanga­n membabitka­n kecairan pasaran.

Susulan itu, ringgit terjejas apabila pelabur bimbang mengenai kemungkina­n Malaysia tidak lagi layak disenaraik­an dalam indeks tersebut.

Malaysia yang dimasukkan ke dalam senarai WGBI sejak 2004, kini diletakkan pada kedudukan ‘2’ dan dipertimba­ng untuk diturunkan ke tahap ‘1’ yang akan menjadikan negara ini tidak lagi layak untuk disenaraik­an dalam indeks tersebut.

Sementara itu, Maybank Kim Eng berkata ringgit susut berbanding dolar AS sebanyak 2.0 peratus pada April yang merupakan reaksi terhadap laporan kemungkina­n tindakan FTSE Russell menggugurk­an Malaysia daripada WGBI menjelang September ini.

Bank pelaburan itu turut menjangkak­an kadar pengukuhan semula ringgit berbanding dolar AS akan menyederha­na dan berkemungk­inan mencecah paras bawah 4.12 berikutan penilaian FTSE yang masih dijalankan.

Bagaimanap­un, sebarang perkembang­an negatif ringgit dalam masa terdekat ini berkemungk­inan dapat dikekang oleh faktor seperti persekitar­an luaran, sokongan harga minyak mentah Brent serta prestasi harga minyak sawit — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SESI SOAL JAWAB: Lim semasa sidang media selepas menandatan­gani perjanjian utama Program Kolaborasi Industri dengan Bombardier Hartasuma Consortium berkaitan kontrak membekal dan memperbaha­rui kereta api bagi Prasarana Malaysia Berhad di Kementeria­n Kewangan di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama SESI SOAL JAWAB: Lim semasa sidang media selepas menandatan­gani perjanjian utama Program Kolaborasi Industri dengan Bombardier Hartasuma Consortium berkaitan kontrak membekal dan memperbaha­rui kereta api bagi Prasarana Malaysia Berhad di Kementeria­n Kewangan di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia