Utusan Borneo (Sarawak)

David Chen anjur promosi ‘beli satu percuma satu’ anak pokok durian Musang King

-

MIRI: David Chen, pengusaha nurseri dan pakar penanaman durian Musang King, bersempena dengan ulang tahun pertama nurserinya kini menawarkan promosi ‘beli satu percuma satu’ kepada para pelanggan yang membeli anak-anak pokoknya.

Dalam wawancara dengan Utusan Borneo, beliau berkata promosi ini terhad kepada anak-anak pokok benih Musang King berketingg­ian satu kaki ke bawah sahaja.

Untuk pembelian anak-anak pokok yang berketingg­ian lebih daripada satu kaki, diskaun 20 hingga 30 peratus akan diberikan kepada para pelanggan.

Justeru, para pekebun atau sesiapa yang berminat untuk menceburi penanaman durian Musang King harus mengambil kesempatan ke atas promosi yang akan tamat pada 30 April ini.

Menurut David Chen lagi, semenjak pembukaan nuseri ini pada April tahun lepas, ramai pelanggan yang membeli anak-anak pokok beliau telah mendapat keputusan yang memberangs­angkan di mana pokok-pokok tersebut telah tumbuh subur sehingga 12 kaki.

Selain itu, pada Ogos dan November tahun lepas, beliau telah menganjurk­an seminar penanaman durian Musang King di Miri yang mendapat sambutan menggalakk­an dan ramai peserta telah berjaya dalam penanaman pokok durian ini.

Dalam wawancara tersebut, beliau mengakui telah membantu seorang pekebun yang mana pokok durian tua yang tidak pernah berbuah, kini telah berbunga dan bakal menghasilk­an buah.

Justeru David Chen bercadang untuk menganjurk­an satu lagi seminar dan mempelawa para penanam untuk menghadiri seminar ini di mana beliau akan berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk ajar segala aspek penanaman secara saintifik dan organik tanpa menggunaka­n sebarang racun.

Seminar dua hari ini bakal diadakan di sebuah hotel di Miri pada 8 dan 9 Jun ini merangkumi aspek teori dan praktikal di mana para peserta juga diberi peluang berkunjung ke kebun untuk melihat sendiri dan mempraktik­kan apa yang telah ditunjuk ajar.

Pada seminar tersebut yang disampaika­n dalam bahasa Mandarin dan bahasa Melayu, David Chen akan berkongsi pengalaman para petani yang telah berjaya dalam penanaman durian Musang King bermula daripada anak pokok sehingga menghasilk­an buah.

Yuran penyertaan ialah RM2,000 dan seminar in terhad kepada 50 peserta sahaja.

Namun begitu, yuran penyertaan RM2,000 tersebut adalah khas untuk para peserta yang mendaftar awal iaitu sebelum 30 April ini.

Untuk keterangan lanjut dan pendaftara­n, para peserta boleh menghubung­i Charlene di talian 016-5556695 atau Cynthia di talian 0165557172.

Para pelanggan yang hendak membeli anak-anak pokok durian Musang King juga boleh melawat nurseri beliau di Lot 1144, Jalan Hainam d Lopeng, di sini.

Nurseri ini dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

 ??  ??
 ??  ?? SUBUR: David Chen memegang anak pokok durian Musang King yang berusia satu tahun di nurseri beliau di Lopeng, Miri.
SUBUR: David Chen memegang anak pokok durian Musang King yang berusia satu tahun di nurseri beliau di Lopeng, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia