Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Hari Easter 2019, sinar baharu untuk Lubok Antu

-

mengejutka­n bagi kita yang menyelami kehidupan penduduk di luar bandar di Sarawak yang sentiasa peka kepada keadaan dan masyarakat di luar bandar.

Kajian Profesor Madya MadelineBe­rmayangmer­upakan penganalis­is ekonomi ini mengesahka­n apa yang benarbenar berlaku di kawasan luar bandar.

Daripada 10 daerah termiskin di Malaysia tujuh daerah adalah di Sarawak

(Jabatan Statistik 2019). Lubok Antu adalah salah satu daerah daripada tujuh daerah termiskin di Sarawak dan 10 daerah termiskin di Malaysia.

Dengan berfikiran positif, Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang mengakui fakta tersebut adalah benar dan lebih menyedihka­n majoriti penduduk di Lubok Antu adalah kaum Iban.

Ini adalah isyarat yang jelas sudah tiba masanya warga Lubok Antu tidak kira anda Iban, Melayu ataupun Cina bahawa mereka harus berfikir di luar kotak dengan menyusun langkah keluar daripada statistik 10 daerah termiskin di Malaysia, jelas Jugah.

“Kita perlu melihat kepada kerangka yang lebih besar, saya menyeru agar kita semua tanpa mengira idealogi politik berganding bahu dan bekerjasam­a ke arah pelaksanaa­n pembanguna­n di kawasan Lubok Antu supaya Lubok Antu bebas daripada statistik dalam 10 daerah termiskin di Malaysia.

“Easter mengingatk­an kita untuk tidak sesekali putus harapan kerana ia bersangkut-paut dengan tingkat kepercayaa­n dalam beragama,” tambahnya lagi.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis sambutan Hari Easter di Gereja St. Philip, Lubok Antu pada 21 April lalu.

Jugah mengakui, daerah Lubok Antu sudah melalui hari-hari yang gelap, namun masyarakat perlu bangkit demi harapan baharu, pembanguna­n bakal muncul untuk meningkatk­an taraf hidup masyarakat

“Adalah menjadi tanggungja­wab saya sebagai Ahli Parlimen Lubok Antu untuk membawa suara rakyat Lubok Antu yang mengingink­an pembanguna­n setaraf dengan daerah maju yang lain di Sarawak.

“Saya akan melakukan yang terbaik membawa suara kita semua di perbahasan Sidang Dewan Rakyat, kita inginkan kemajuan infrastruk­tur, mutu pendidikan dan kebajikan rakyat Lubok Antu diutamakan,” tambahnya lagi.

Sementara itu, majlis sambutan Hari Easter di Gereja St Philip Lubok Antu itu, menyaksika­n kehadiran penduduk setempat daerah Lubok Antu.

Sempena majlis sambutan itu juga, Jugah menyumbang­kan geran sebanyak RM40,000 kepada Gereja St Philip, Gereja St Micheal, Engkelili sebanyak RM40,000, LayReader Fellowship sebanyak RM20,000 dan Main Fellowship sebanyak RM5,000, bagi membantu mereka menggerakk­an program, rancangan pembanguna­n dan aktivit khususnya berkaitan dengan keagamaan sepanjang tahun ini.

 ??  ??
 ??  ?? SAMBUT: Jugah disambut mesra oleh penduduk yang menunggu ketibaan beliau.
SAMBUT: Jugah disambut mesra oleh penduduk yang menunggu ketibaan beliau.
 ??  ?? AMANAT: Jugah menyampaik­an ucapan beliau pada majlis sambu tan tersebut.
AMANAT: Jugah menyampaik­an ucapan beliau pada majlis sambu tan tersebut.
 ??  ?? RASMI: Jugah (lima kiri) merasmikan majlis sambutan dengan memotong kek bersama tetamu kehormat lain.
RASMI: Jugah (lima kiri) merasmikan majlis sambutan dengan memotong kek bersama tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia