Utusan Borneo (Sarawak)

Hobi pelihara kuda jadi terapi

-

kuda adalah sebahagian daripada tradisi rakyat Kelantan.

Ada yang menjadikan hobi itu sebagai ‘suka-suka’, tidak kurang juga yang menjadikan­nya sebagai satu perniagaan yang menguntung­kan.

Bagi pemilik kuda kacukan Kelantan, Noorisyam Mahmod, 46, memiliki kuda adalah satu keistimewa­an kerana mampu menjadi terapi minda kepada pemiliknya.

Katanya, perasaan itu dirasainya selepas memelihara seekor kuda yang diberi nama Sabiq yang dibeli dengan harga RM5,000 pada 10 tahun lepas.

“Pada saya harganya agak mahal ketika itu tetapi saya memutuskan membeli Sabiq kerana tertarik dengan warna bulunya selain badannya yang tinggi dan tegap.

“Saya berikannya nama Sabiq yang bermaksud yang paling hadapan dengan harapan ‘dia’ akan sentiasa di hadapan dalam apa jua pertanding­an,” katanya kepada Bernama di Kubang Kerian di Kota Bharu, kelmarin.

Noorisyam berkata perasaan kasih kepada Sabiq kian menebal dari sehari ke sehari dan kehadiran Sabiq menceriaka­n hidupnya.

“Kepenatan kerja sebagai penjawat awam dirasakan berkuranga­n setiap kali dapat membelai Sabiq. Dia seolah memahami percakapan kita dan akan datang menghampir­i saya bila namanya dipanggil. Itu satu kepuasan yang menyeronok­kan bagi saya,” katanya. Bapa kepada empat anak

itu berkata beliau menghabisk­an masa sekurangku­rangnya tiga jam setiap hari bersama Sabiq bagi memastikan kuda kesayangan­nya berada dalam keadaan baik dan sihat. Katanya keputusann­ya membeli Sabiq tepat apabila kuda itu sering menjuarai perlumbaan dan pertanding­an kuda cantik di beberapa negeri sejak usianya tiga tahun.

Menurut Noorisyam kenalannya juga bertambah ramai kerana sering menyertai pelbagai pertanding­an bersama Sabiq.

“Kebanyakan pemilik kuda mengenali saya dengan panggilan ‘Poksan Sabiq’. Bagi saya nama itu satu kombinasi yang sangat menyenangk­an kerana mampu ingatkan saya kepada Sabiq sentiasa,” katanya.

Bagi memastikan kelangsung­an baka Sabiq, Noorisyam telah melakukan pembiakbak­aan kudanya bersama pelbagai jenis kuda betina dan sehingga kini Sabiq telah mempunyai 20 ekor anak.

Katanya Sabiq kini telah direhatkan daripada menyertai sebarang acara perlumbaan berikutan kecederaan yang dialaminya selain faktor usianya yang kini mencecah 10 tahun.

“Saya harap Sabiq dapat hidup lebih lama. Memang Sabiq telah mempunyai baka yang agak ramai namun tidak akan sama sepenuhnya seperti Sabiq,” katanya.

Mengakhiri perbualann­ya Noorisyam berkata beliau mempunyai hasrat untuk mengembang­kan minatnya dengan memelihara lebih banyak kuda selain menyediaka­n proses pembiakbak­aan pada masa hadapan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RUTIN: Mohd Radhi (kanan) membantu Noorisyam membuat persediaan sebelum melakukan proses pembi akbakaan kudanya bagi kuda kacukan Kelantan di Kubang Kerian.
— Gambar Bernama RUTIN: Mohd Radhi (kanan) membantu Noorisyam membuat persediaan sebelum melakukan proses pembi akbakaan kudanya bagi kuda kacukan Kelantan di Kubang Kerian.
 ?? — Gambar Bernama ?? MANJA: Wan (kanan) memandikan kudanya selepas melakukan proses pembiakbak­aan kudanya agar suhu badan rendah bagi memastikan kuda berada dalam keadaan tenang di Kubang Kerian.
— Gambar Bernama MANJA: Wan (kanan) memandikan kudanya selepas melakukan proses pembiakbak­aan kudanya agar suhu badan rendah bagi memastikan kuda berada dalam keadaan tenang di Kubang Kerian.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia