Utusan Borneo (Sarawak)

BEBERAPA PEMAIN BAKAL DIGUGURKAN

Persembaha­n tidak menentu, gagal mencapai prestasi yang dikehendak­i punca skuad Sarawak B dirombak

- Oleh Mohd Norhadie Sahari

MIRI: Kecewa dengan persembaha­n tidak menentu dan gagal mencapai kemenangan di kubu sendiri, beberapa pemain skuad Piala Presiden Sarawak 2019 (Sarawak B) akan digugurkan dalam masa terdekat.

Ketua Jurulatih Skuad Piala Presiden Sarawak, Abdul Jalil Ramli telah mengenal pasti beberapa pemain yang kurang menonjol dan slot itu akan diisi pemain-pemain baharu.

“Kita membuat keputusan untuk menggugurk­an beberapa pemain pada musim perpindaha­n Mei ini kerana mereka gagal mencapai prestasi yang kita mahukan,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Abdul Jalil berkata, kekosongan itu bagaimanap­un akan diisi pemain-pemain skuad senior yang sebelum ini sepatutnya bermain untuk skuad Piala Presiden.

“Kita telah memberi banyak peluang namun persembaha­n mereka tetap kurang menyerlah, pihak pengurusan dan jurulatih akan menyenarai­kan pemain-pemain yang akan digugurkan,” ujarnya.

Menurut Abdul Jalil, musim perpindaha­n pemain-pemain akan bermula selepas perlawanan menentang Kuala Lumpur, 2 Mei depan dan beberapa pemain baharu akan dibawa masuk dalam skuad Piala Presiden.

“Pemain-pemain yang berdaftar dengan skuad Piala Presi

Kita membuat keputusan untuk menggugurk­an beberapa pemain pada musim perpindaha­n Mei ini kerana mereka gagal mencapai prestasi yang kita mahukan.

Abdul Jalil Ramli

Ketua Jurulatih Piala Presiden Sarawak

den tetapi bermain untuk skuad senior (Sarawak) kemungkina­n akan ditarik kembali bagi memperkuat pasukan kita menjelang pusingan kedua kempen Piala Presiden, Jun depan,” jelasnya.

Abdul Jalil tetap menaruh harapan bahawa pusingan kedua nanti pasukannya akan berwajah baharu dengan kemasukan pemain-pemain dari skuad senior.

“Kemasukan pemain-pemain skuad senior akan memberi dimensi baharu kepada pasukan Piala Presiden kita dan sasaran kali ini adalah untuk menang untuk mengembali­kan keyakinan kepada pemain-pemain dan penyokong-penyokong setia,” katanya.

Abdul Jalil berkata, sesi latihan (trial) akan dilakukan dalam bulan puasa (Ramadan) ini tetapi pemain-pemain yang bermain dengan skuad senior berdaftar untuk pasukan Piala Presiden diserapkan secara automatik.

“Ia bermaksud pada perlawanan menentang Melaka pada 29 April ini, skuad Piala Presiden akan mempunyai dua atau tiga pemain dari pasukan senior untuk memperkuat jentera pasukan kita,” tambahnya.

Abdul Jalil memberitah­u bahawa salah satu tujuan untuk menarik pemain-pemain senior supaya mereka dapat peluang bermain atau beraksi dalam kesebelasa­n utama.

“Peluang untuk mereka beraksi dalam kesebelaha­n utama skuad senior kemungkina­n sukar tetapi dalam skuad Piala Presiden peluang mereka beraksi amat cerah,” katanya. Menurutnya, apabila pemainpema­in terbabit kembali ke pangkuan pasukan senior nanti maka mereka akan lebih berpengala­man dan bersedia beraksi di peringkat lebih kompetitif

 ??  ??
 ??  ?? BAKAL DIGUGURKAN: Abdul Jalil (gambar sisipan) mengesahka­n bakal menggugurk­an beberapa pemain ekoran prestasi hambar sepanjang kempen Piala Presiden 2019.
BAKAL DIGUGURKAN: Abdul Jalil (gambar sisipan) mengesahka­n bakal menggugurk­an beberapa pemain ekoran prestasi hambar sepanjang kempen Piala Presiden 2019.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia