Utusan Borneo (Sarawak)

Hollywood raikan finale filem ‘Avengers’ di tayangan perdana

-

PASUKAN adiwira Avengers yang terdiri daripada bintang-bintang terkemuka beramai-ramai turun ke Los Angeles pada petang Isnin untuk menghadiri acara tayangan perdana mewah bagi meraikan bab terakhir dalam saga 22 filem yang dikatakan sebagai francais paling menguntung­kan sepanjang masa.

Beratus-ratus VIP industri, barisan pelakon, peminat dan media menonton tayangan pertama ‘Avengers: Endgame’, filem aksi tiga jam yang jalan ceritanya dirahsiaka­n dengan sangat ketat.

Filem itu memulakan tayanganny­a di pawagam seluruh dunia hari ini.

Robert Downey Jr. (Iron Man), Chris Hemsworth (Thor), Scarlett Johansson (Black Widow), Chris Evans (Captain America), Brie Larson (Captain Marvel) dan yang lain berjalan di atas permaidani ungu yang dibentangk­an di bawah logo Avengers yang berpusing yang didirikan di dalam Pusat Konvensyen Los Angeles.

“Saya teruja kerana akhirnya saya dapat menonton filem itu,” kata Paul Rudd, yang berlakon sebagai Ant-Man dan, seperti pelakon yang lain, belum lagi melihat filem akhir berikutan kerahsiaan Marvel menyelubun­gi projek itu.

Rudd berkata dia telah menjelajah dunia untuk mempromosi­kan filem berkenaan dan “mencuba untuk bercakap mengenainy­a sebaik yang kita dapat, dan melakukan semua itu tanpa melihat filem adalah satu pengalaman yang pelik. Jadi sekarang, akhirnya dapat melihat filem itu adalah hebat.”

Bintang-bintang senaraiA lain turut memenuhi acara itu, termasuk adik Chris Hemsworth, Liam dan isterinya Miley Cyrus.

‘Endgame’ melengkapk­an kisah enam ahli asal Avengers dalam semesta sinematik Marvel iaitu Iron Man, Captain America, Black Widow, Hawkeye, Hulk dan Thor.

Ia meneruskan jalan cerita tergantung dalam ‘Avengers: Infinity War’ pada tahun lepas di mana ramai adiwira Marvel bertukar menjadi debu selepas penjahat Thanos lakonan Josh Brolin berjaya merealisas­ikan misinya.

Dalam ‘Endgame’, beberapa adiwira yang tinggal merancang untuk membunuh Thanos dan cuba memulihkan semula kerosakan yang dilakukann­ya.

Selepas tayangan, bintang-bintang filem berkumpul di atas pentas dan saling berpelukan. Evans berkata dia menangis sebanyak enam kali ketika menonton filem itu. “Saya menangis lebih daripada enam kali, Chris,” kata Hemsworth.

Mark Ruffalo, yang berlakon sebagai Hulk, berkata bekerja dalam filem-filem itu adalah seperti “perjalanan yang sukar dilupakan.”

Dua puluh satu filem sebelumnya yang dikeluarka­n oleh studio Marvel milik Walt Disney Co adalah francais paling menguntung­kan dalam sejarah filem selepas menjana lebih daripada AS$18.6 bilion di box office global sejak 2007.

Menurut para penganalis­is box office AS, filem ‘Endgame’ mungkin akan melakar rekod pembukaan hujung minggu yang baharu di pasaran domestik yang kini dipegang oleh ‘Infinity War’ dengan AS$257.7 juta.

Walaupun filem itu akan menutup cerita ‘Avengers’, beberapa karakter akan terus hidup dalam filemfilem akan datang. SpiderMan, sebagai contoh, akan kembali ke skrin besar pada Julai dalam ‘SpiderMan: Far from Home’.

Satu sekuel untuk ‘Black Panther’ juga sedang diusahakan. — Reuters

 ??  ??
 ??  ?? NATALIE PORTMAN
CHRIS HEMSWORTH
ROBERT DOWNEY JR. & BRADLEY COOPER
NATALIE PORTMAN CHRIS HEMSWORTH ROBERT DOWNEY JR. & BRADLEY COOPER
 ?? — Gambar Reuters ?? TURUT HADIR: Liam Hemsworth dan isterinya Miley Cyrus antara selebriti Hollywood yang hadir semasa acara tayangan perdana filem ‘The Avengers: Endgame’ di Los Angeles, California, pada 22 April lepas.
— Gambar Reuters TURUT HADIR: Liam Hemsworth dan isterinya Miley Cyrus antara selebriti Hollywood yang hadir semasa acara tayangan perdana filem ‘The Avengers: Endgame’ di Los Angeles, California, pada 22 April lepas.
 ??  ?? SCARLETT JOHANSSON BERSAMA KELUARGA: Mark Ruffalo datang bersama keluargany­a ke
tayangan perdana filem ‘Avengers: Endgame’ .
BENEDICT CUMBERBATC­H
SCARLETT JOHANSSON BERSAMA KELUARGA: Mark Ruffalo datang bersama keluargany­a ke tayangan perdana filem ‘Avengers: Endgame’ . BENEDICT CUMBERBATC­H
 ?? — Gambar Reuters ?? BERSAMA PEMINAT: Chris Evans bergambar bersama peminat semasa tiba di acara tayangan perdana filem ‘The Avengers: Endgame’ di Los Angeles, California, pada 22 April lepas.
— Gambar Reuters BERSAMA PEMINAT: Chris Evans bergambar bersama peminat semasa tiba di acara tayangan perdana filem ‘The Avengers: Endgame’ di Los Angeles, California, pada 22 April lepas.
 ?? — Gambar Reuters ??
— Gambar Reuters
 ??  ?? CHRIS PRATT
CHRIS PRATT
 ??  ?? GWYNETH PALTROW
GWYNETH PALTROW
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia