Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan mudah terpengaru­h

-

IBU bapa seharusnya tidak mudah terpengaru­h dengan golongan antivaksin yang berbahas mengunakan himpunan pendapat yang dicedok melalui laman sosial dan memandaima­ndai menyatakan vaksin boleh mendatangk­an kemudarata­n kepada kanak-kanak sekali gus menolak vaksin.

Bapa seorang anak lelaki berusia tiga tahun, Mohd Qayyum Ashraf Mohd Shukor, 29, memberitah­u Bernama, ibu bapa seharusnya lebih terbuka dan tidak berasa ragu-ragu terhadap penggunaan vaksin kerana fatwa di peringkat kebangsaan telah dikeluarka­n dengan menyatakan bahawa vaksin yang dihasilkan di negara ini bukan haram dan telah diluluskan.

“Golongan antivaksin mempunyai rasa waswas yang tinggi dan berasa semua perkara perlu dibuktikan 100 peratus selamat dan bagus, barulah mereka hendak percaya. Namun agak pelik apabila, mereka mudah pula percaya kepada artikel yang ditulis golongan antivaksin di laman sosial.

“Mengikut keadaan dunia semasa, cuaca, corak pemakanan, kandungan makanan dan minuman, kesihatan masyarakat sekeliling serta penyakit-penyakit yang berjangkit, vaksin memang sangat perlu. Kita tidak tahu apa dan bila penyakit bakal mendatang, jadi vaksin penting untuk mencegah sebelum terjadi benda yang lebih buruk,” katanya.

Bagi ibu kepada tiga orang anak, Norizah Atin, 45, masyarakat sering dimomokkan dengan fakta dan dakwaan golongan anti-vaksin yang tidak tepat sehingga mereka menjadi keliru dan percaya bahawa vaksin merupakan agenda Yahudi untuk menghancur­kan umat Islam selain mempunyai kandungan yang tidak halal.

“Bagi ibu bapa yang mudah percaya, mereka akan menolak vaksin dan memilih untuk membeli produk makanan tambahan, sedangkan terang-terangan kita tahu bahawa produk tersebut tidak mematuhi kehendak kementeria­n dan hanya bergantung kepada testimoni pengguna yang tidak diketahui akan kebenarann­ya.

“Ibu bapa tidak sepatutnya mendedahka­n anak mereka kepada risiko penyakit berjangkit yang dapat dicegah dengan pengambila­n vaksin. Janganlah lalai dan hanya mengutamak­an ego sendiri berbanding nyawa anak. Ambil iktibar dengan kes kematian (tanpa imunisasi) yang berlaku sebelum ini,” katanya.

KES DI JOHOR

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumka­n satu kes kematian disyaki akibat jangkitan difteria di daerah Johor Bahru pada 21 Februari lalu. Kes itu melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 2 tahun 1 bulan dan kanakkanak itu tidak pernah menerima sebarang imunisasi sejak lahir.

Kanak-kanak itu mula mengalami demam, batuk dan bengkak tonsil pada 16 Februari. Kanak-kanak itu dibawa ke unit kecemasan hospital pada 18 Februari dan meninggal dunia pada 21 Februari.

Pada 2018, KKM merekodkan enam kematian akibat demam campak dengan semua kes tidak menerima imunisasi, lima kematian akibat difteria dengan empat kes tidak menerima imunisasi dan 22 kematian akibat batuk kokol dengan 19 kes tidak menerima imunisasi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia