Utusan Borneo (Sarawak)

Program pengalihan kaedah terbaik buat kanak-kanak bermasalah: Pakar

-

pakar kanak-kanak menyifatka­n Program Pengalihan (Diversion Programme) terhadap kanak-kanak yang ditahan kerana melakukan kesalahan enayah ringan sebagai platform terbaik dalam membantu proses pemulihan mereka.

Progam yang dirangka Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu akan dilaksanak­an Ogos depan.

Menterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini dipetik sebagai berkata, program itu adalah satu sistem pengalihan kanakkanak yang terbabit jenayah ringan dan tidak serius daripada sistem kehakiman sedia ada.

Wan Azizah, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata kementeria­nnya kini berada pada peringkat terakhir untuk menggubal garis panduan bagi merealisas­ikan pelaksanaa­n sistem yang diperkenal­kan itu, yang dijangka siap bulan ini.

Pakar Psikologi Kanakkanak Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Datin Dr Mariani Md Nor ketika diminta mengulas perkara itu memberitah­u Bernama, program itu adalah satu langkah positif kerana ia tidak meletakkan atau melabelkan pesalah tersebut sebagai banduan.

“Saya lihat, apabila perkataan banduan itu boleh dielakkan, ia adalah satu perkara yang baik.

“Ini kerana, ketika dalam proses pembesaran­nya, apabila kanak-kanak itu diaibkan di hadapan khalayak (digari dan didakwa di mahkamah), akan terbantut motivasi dan terbunuh emosinya, sekali gus membuatkan masa depannya gelap,” katanya.

Bagaimanap­un, Mariani berkata, stereotaip masyarakat juga perlu berubah dan tidak boleh menganggap setiap kanak-kanak yang membuat kesalahan jenayah ringan itu sebagai jahat.

“Ia (perbuatan salah) sentiasa menjadi buah mulut orang. Contohnya, kita tahu kanak-kanak itu pernah mencuri yang menyebabka­nnya dipenjarak­an, jadi masyarakat akan terus menganggap­nya sebagai banduan.

“Oleh itu, masyarakat perlu ubah fikiran kerana kanak-kanak ini perlu dididik dan diberi pengajaran kerana mereka adalah pelapis generasi kita,” katanya.

Pada masa sama, katanya, pemantauan berkala terutamany­a oleh ibu bapa sangat diperlukan untuk melihat kesinambun­gan sikap pesalah jenayah ringan ini sama ada telah melalui perkembang­an positif atau sebaliknya.

“Kanak-kanak itu perlu dipantau sehingga kita boleh melihat sikapnya tidak lagi berbalik kepada tingkah laku lama. Ini adalah penting kerana kita perlu ketahui apakah pesalah jenayah ringan ini telah berubah (selepas melalui program pengalihan) seterusnya memberi kesan yang bagus untuk kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Profesor Undang-undang Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Noor Aziah Awal berkata, ia merupakan satu program yang bagus kerana telah dilaksanak­an di beberapa negara maju seperti Singapura, New Zealand dan Sweden.

“Di negara-negara maju, kita dapati semua kesalahan jenayah ringan diletakkan di bawah program ini kerana yang melakukann­ya adalah kanak-kanak dan perlu diberi pertimbang­an yang berbeza. Bahkan, Singapura dan Thailand juga adalah antara negara yang telah melaksanak­an program ini dan ia menunjukka­n perkembang­an positif,” katanya.

Noor Aziah yang juga Pengarah Institut Islam Hadhari UKM berkata, program pengalihan adalah satu kaedah yang dipanggi sebagai keadilan restoratif untuk kanak-kanak.

“Kita memastikan kanakkanak yang melakukan kesalahan jenayah ringan atau berkonflik dengan undang-undang ini tidak dihukum atau tidak diperlakuk­an sama seperti pesalah dewasa.

“Ini bermaksud kanakkanak itu tidak perlu melalui pemulihan secara dalam tahanan tetap sebaliknya berpeluang memulihkan dirinya dengan bantuan masyarakat, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta sokongan daripada keluarga,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia