Utusan Borneo (Sarawak)

22 maut tanah runtuh di Timur Myanmar, ramai masih hilang

Kakitangan kecemasan terpaksa membersihk­an lebuh raya utama dari Yangon ke Mawlamyine, yang tertimbus

-

MAWLAMYINE: Sekurang-kurangnya 22 terkorban ketika satu kejadian tanah runtuh berpunca dari hujan monsun melanda sebuah kampung di timur Myanmar, ketika pekerja kecemasan meneruskan usaha mencari semalam bagi beberapa orang lagi yang dikhuatiri hilang.

Satu kesan coklat yang besar di tepi bukit menandakan limpahan lumpur menuruni perkampung­an Thae Pyar Kone di wilayah Mon kelmarin, menimbus sebanyak 16 rumah dan sebuah biara.

Pasukan pencari dan penyelamat berusaha sepanjang malam cuba untuk mencari mangsa masih hidup dan menemui mayat dari dalam selut yang dalam.

“Setakat ini kami telah menemui 22 mayat dan 47 orang yang tercedera,” kata pegawai tadbir tempatan Myo Min Tun.

Pihak berkuasa mempercaya­i lebih dari 100 orang mungkin masih lagi hilang.

Gambar yang diambil dari udara menunjukka­n bahagian atas bumbung yang pecah dan serpihan lain dari rumah yang terletak bersebelah­an dengan beberapa trak yang tumbang kesan gelongsora­n lumpur yang kuat.

Htay Htay Win, 32, memberitah­u AFP dua anak perempuann­ya dan lima ahli keluarga lain masih belum ditemui.

“Saya mendengar satu bunyi bising yang kuat dan berpaling untuk melihat rumah saya telah ditimpa oleh lumpur,” jelas beliau, sambil menangis.

Para pekerja penyelamat menghabisk­an masa tengah hari semalam memunggah mayat-mayat yang dibaluti dengan plastik ke bahagian belakang sebuah trak ketika penduduk kampung yang kebimbanga­n hanya mampu melihat sahaja.

Kakitangan kecemasan terpaksa membersihk­an lebuh raya utama dari Yangon ke Mawlamyine, yang tertimbus di bawah selut setinggi enam kaki.

Hujan lebat telah menyebabka­n tebingan sungai melimpah di seluruh negara ketika komuniti pantai telah diberikan amaran mengenai ombak yang lebih tinggi.

Di pekan Shwegyin di wilayah timur Bago, para penduduk mendayung menyusuri air setinggi paras pinggang atau menunggu bagi diselamatk­an oleh bot selepas sungai Sittaung melimpah dari tebingnya, menenggela­mi keseluruha­n rumah.

Kira-kira 89,000 orang telah ketiadaan tempat tinggal akibat banjir sejak beberapa minggu lepas, walaupun ramai yang mungkin telah dapat pulang semula ke rumah, menurut Pejabat bagi Penyelengg­araan Hl Ehwal Kemanusiaa­n di PBB.

Vietnam turut mengalami banjir teruk pada minggu ini dengan sekurang-kurangnya lapan terbunuh di tanah tinggi pusat di negara ini dan anggota penyelamat menggunaka­n sebuah ‘zipline’ bagi membawa beberapa orang ke tempat yang selamat. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? USAHA MENCARI: Pasukan penyelamat membawa mayat mangsa tanah runtuh di pekan Paung semalam.
— Gambar AFP USAHA MENCARI: Pasukan penyelamat membawa mayat mangsa tanah runtuh di pekan Paung semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia