Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK TUNGGU PM TENTUKAN TARIKH MESYUARAT MA63

Laporan akhir untuk dibincangk­an dalam Jawatankua­sa Pemandu MA63 seterusnya sedang disediakan, kata Hasidah

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang menunggu satu tarikh yang akan ditentukan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mesyuarat Jawatankua­sa Pemandu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi perbincang­an seterusnya.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, setakat ini pihaknya sedang menunggu Perdana Menteri untuk memanggil Jawatankua­sa Perunding MA63 Sarawak.

“Yang pasti, akan ada satu mesyuarat Jawatankua­sa Pemandu dalam tahun ini.

“Bagaimanap­un, kita tunggu Perdana Menteri untuk meletakkan satu tarikh mesyuarat berkenaan,” ujarnya ketika ditemui media selepas merasmikan majlis Program Pecutan Akhir Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan di Pusat Penerangan Islam (IIC) di sini, semalam.

Ditanya sama ada mesyurat Jawatankua­sa Pemandu MA63 akan diadakan sempena Hari Malaysia pada 16 September depan, beliau menjawab ringkas: “InsyaAllah.”

“Mudahan kali ini (16 September). Tetapi terpulang kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan,” katanya.

Sarawak akan menjadi tuan rumah penganjura­n Hari Malaysia pada 16 September depan yang dijangka dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, beliau memberitah­u pihaknya kini sedang menyediaka­n laporan akhir untuk dibincangk­an dalam Jawatankua­sa Pemandu MA63 kelak.

“Bagaimanap­un, saya tidak dapat mendedahka­n laporan akhir terbabit kerana ia adalah sulit,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai majlis tersebut, Hasidah berharap SK Agama Datuk Haji Abdul Kadir

Hassan dapat mengekalka­n prestasi Gred Purata Sekolah (GPS) 1.8 tahun lalu.

“Saya dimaklumka­n sekolah ini merupakan antara sekolah agama terbaik di Malaysia dua tahun berturut-turut iaitu pada 2017 dan 2018.

“Justeru, kita harap muridmurid yang bakal menduduki peperiksaa­n UPSR kali ini agar membuat persediaan sewajarnya sekali gus mengekalka­n pencapaian menjadi sekolah agama terbaik di negara ini sekali lagi,” ujarnya.

Pada majlis itu, beliau

mengumumka­n pemberian geran sebanyak RM5,000 kepada Lembaga Pengurusan Sekolah SK Datuk Haji Abdul Kadir Hassan.

Seramai 170 murid SK Datuk Haji Abdul Kadir Hassan termasuk murid sekolah berhampira­n menghadiri majlis itu.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah SK Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Awang Mohd Najib Awang Chee dan Guru Besar SK Datuk Haji Abdul Kadir Hassan Mohammad Nassir Said.

Yang pasti, akan ada satu mesyuarat Jawatankua­sa Pemandu dalam tahun ini. Bagaimanap­un, kita tunggu Perdana Menteri untuk meletakkan satu tarikh mesyuarat berkenaan.

Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek)

 ??  ??
 ??  ?? SASAR KEJAYAAN: Hasidah merakam kenangan pada majlis perasmian Program Pecutan Akhir UPSR 2019 SK Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan di Pusat Penerangan Islam di Kuching, semalam.
SASAR KEJAYAAN: Hasidah merakam kenangan pada majlis perasmian Program Pecutan Akhir UPSR 2019 SK Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan di Pusat Penerangan Islam di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia