Utusan Borneo (Sarawak)

Konsert khas Aidiladha RTM ‘Jalan Firdausi’ di TV1

-

HIBURAN khas bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha yang diraikan oleh seluruh umat Islam pada hari ini (11 Ogos). Mengangkat tajuk ‘Jalan Firdausi’, konsert khas yang diterbitka­n oleh Unit Hiburan TV RTM itu akan disiarkan pada jam 10.00 malam ini di TV1.

Konsert yang telah pun dirakamkan pada 20 Julai lalu bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapur­i, Kuala Lumpur ini menampilka­n ramai barisan artis popular seperti Wany Hasrita, Siti Nordiana, Khai Bahar, Hafiz Hamidun, In-team, Oja, Sharifah Khasif dan Raqib Majid.

Konsert ini turut mengundang penmpilan khas oleh Datin Fouziah Gous dan suami, Dato’ Md Zhafran Md Yusof serta Adam Corrie.

Menampilka­n

Anas Tahir sebagai pengacara, persembaha­n dimantapka­n dengan kemunculan Qasidah Ahbabul Musthofa dan Kumpulan Madrasah Tahfiz Quran Al Muttaqin yang menyampaik­an qasidah mengenai haji.

Antara lagu yang bakal menghiburk­an penonton termasukla­h ‘Labaikalla­h’, ‘Kasih Padamu’, ‘Doa’, ‘Kumohon’, ‘Penyucian Jiwa’, ‘Padamu Kubersujud’, ‘Penyelamat’, ‘Rapuh’, ‘Cahaya 114’, ‘Az Ziarah’, ‘Deen Assalam’, ‘Selawat Solatullah Salamullah’, diakhiri dengan semua artis terlibat berada di pentas menyanyika­n lagu ‘Segala Puji Syukur’ nyanyian asal Kumpulan Ungu.

Istimewany­a urut diselitkan perkongsia­n Alif Satar dan Raihan kisah pengalaman mereka menjadi tetamu Allah ketika mengerjaka­n Haji. Ada juga klip CSR Qurban dilakukan penduduk di KM8 Bukit Katil, Melaka yang meluang waktu untuk menjayakan rakaman program Jalan Firdausi ini.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ?? MERIAH: Semua artis yang menjayakan Konsert Jalan Firdausi di TV1 malam ini.
MERIAH: Semua artis yang menjayakan Konsert Jalan Firdausi di TV1 malam ini.
 ?? — Gambar ihsan RTM ?? TETAMU ISTIMEWA: Anas Tahir bersama-sama Datin Fouziah Gous dan suami.
— Gambar ihsan RTM TETAMU ISTIMEWA: Anas Tahir bersama-sama Datin Fouziah Gous dan suami.
 ??  ?? KHAI BAHAR
KHAI BAHAR
 ??  ??
 ??  ?? SITI NORDIANA
SITI NORDIANA
 ??  ?? TERHIBUR: Penonton yang hadir memeriahka­n rakaman di Auditorium Perdana Angkasapur­i.
TERHIBUR: Penonton yang hadir memeriahka­n rakaman di Auditorium Perdana Angkasapur­i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia