Utusan Borneo (Sarawak)

BUKTI KHIANAT DITEMUI

Tombol pintu diikat dengan rumput kering ditemui dalam kebakaran dekat Kompleks Kebajikan Hamidah.

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Kebakaran yang berlaku di kawasan berdekatan Kompleks Kebajikan Hamidah di sini dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak Penguasa Kanan Bomba I Tiong Ling Hii berkata, ia berdasarka­n beberapa bukti yang ditemui.

“Kebakaran bermula dari kawasan tengah dan bukannya bermula daripada kawasan tepi jalan raya atau mana-mana akses.

“Pasukan pemadaman juga menemui tombol pintu yang diikat dengan rumput kering bagi tujuan pembakaran di kawasan tanah Naim Developmen­t dan susulan itu, satu laporan polis telah dibuat bagi tindakan selanjutny­a,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Operasi pemadaman kebakaran di Lot 3709 (berhampira­n Kompleks Kebajikan Hamidah) yang bermula 1 Ogos lalu masih diteruskan sehingga semalam melibatkan 32 anggota bomba termasuk bantuan daripada 11 pekerja Naim.

Tiong berkata, semalam bomba berusaha memadamkan kebakaran belukar yang berlaku di tepi jalan raya menuju ke Kuala Baram.

“Ini bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan jalan raya akibat asap tebal yang menghalang penglihata­n di sepanjang jalan raya tersebut.

“Manakala pasukan bantuan daripada Naim meneruskan kerja-kerja pemadaman di kawasan Institut Latihan Perindustr­ian (ILP),” katanya.

Beliau berkata, keluasan yang masih berasap di

kawasan berdekatan dengan Kompleks Kebajikan Hamidah adalah lebih kurang 50 ekar dan masih aktif berasap.

“Keluasan yang berjaya dipadamkan ialah 15 ekar dan baki 35 ekar akan diteruskan menggunaka­n jengkaut.

“Manakala kawasan Lot 3079, Lot 4041, Lot 4042 dan kawasan berdekatan tapak semaian Naim masih ada yang berasap dalam lingkungan keluasan 70 ekar,” jelas beliau.

Sementara itu, setakat ini seluas 89 ekar hutan berdekatan Kampung Sedi, Pulau Bruit, Tanjung Manis musnah terbakar sejak 7 Ogos lalu.

Tiong berkata, seramai 40 anggota bomba termasuk penduduk kampung membantu memadamkan kebakaran hutan tersebut.

“Hari ini (semalam) sebuah rumah tidak berpenghun­i di Kampung Sedi hangus sepenuhnya akibat kebakaran hutan terbabit manakala tiga rumah lagi selamat.

“Pasukan pemadaman membuat ‘fire break’ dengan bantuan jengkaut pihak pengusaha ladang sawit berdekatan bagi menghalang­nya merebak ke kawasan rumah di Kampung Sedi,” ujar beliau.

 ??  ?? KHIANAT: Pasukan pemadaman menemui tombol pintu yang diikat pada rumput kering dipercayai digunakan individu tidak bertanggun­gjawab bagi melakukan
pembakaran.
KHIANAT: Pasukan pemadaman menemui tombol pintu yang diikat pada rumput kering dipercayai digunakan individu tidak bertanggun­gjawab bagi melakukan pembakaran.
 ??  ?? HANGUS: Kawasan tanah gambut yang masih terbakar dan mengeluark­an asap tebal semalam.
HANGUS: Kawasan tanah gambut yang masih terbakar dan mengeluark­an asap tebal semalam.
 ??  ?? HALANG MEREBAK: Jengkaut digunakan untuk membuat ‘fire break’ dalam kebakaran hutan berdekatan Kampung Sedi, Pulau
Bruit, Tanjung Manis.
HALANG MEREBAK: Jengkaut digunakan untuk membuat ‘fire break’ dalam kebakaran hutan berdekatan Kampung Sedi, Pulau Bruit, Tanjung Manis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia