Utusan Borneo (Sarawak)

STESEN ILP MIRI CATAT IPU DI TAHAP BAHAYA PETANG SEMALAM

-

KUCHING: Stesen Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Miri mencatatka­n bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap bahaya dengan bacaan 390 setakat jam 3 petang semalam.

Menurut Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, bacaan IPU daripada Jabatan Alam Sekitar yang direkodkan pada jam 3 petang semalam menunjukka­n satu kawasan mencatatka­n status kualiti udara pada tahap bahaya

iaitu di Stesen ILP Miri dengan bacaan 390.

Manakala katanya, stesen SK Kuala Baram 2 (MCAQM) pula mencatatka­n status kualiti udara pada tahap tidak sihat dengan IPU 135.

“Sementara bahagian lain menunjukka­n bacaan sederhana dengan Samarahan mencatat IPU 99 diikuti Sri Aman (94), Miri (78), Kuching dan Bintulu masingmasi­ng 76, Sibu (73), Samalaju dan Mukah masing-masing (70) , Sarikei (68) dan Kapit (63),” katanya menerusi kenyataan media semalam.

JPBN Sarawak menambah, stesen pemantauan kualiti udara di kawasan ILP Miri dan SK Kuala Baram 2 menunjukka­n peningkata­n bacaan IPU ketara disebabkan oleh kebakaran di kawasan berkenaan.

“Manakala peningkata­n bacaan IPU lain-lain stesen berpunca daripada jerebu rentas sempadan yang berlaku di Kalimantan,” ujarnya.

Berdasarka­n laporan oleh ASEAN Specialise­d Meteorolog­ical Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura pada Jumaat, imej satelit National Oceanic and Atmospheri­c Administra­tion (NOAA)-19 mengesan 93 titik panas di Kalimantan, empat titik panas di Sumatera, Indonesia dan tiga titik panas di Sarawak iaitu satu di Mukah dan dua di Sibu, ujarnya.

“Arah pergerakan angin dari arah Barat Laut telah membawa asap jerebu dari kawasan Kalimantan yang terjejas ke kawasan Barat Sarawak dan memberi peningkata­n kepada bacaan IPU di kawasan-kawasan tersebut,” jelasnya.

Bagi keadaan situasi jerebu di Miri katanya, bacaan yang tinggi direkodkan dari stesen berkenaan merupakan jerebu setempat dan pemantauan IPU akan dilakukan secara berterusan.

“Biarpun bacaan IPU ini adalah sangat tinggi tetapi ia tidak memerlukan tindakan seperti yang termaktub di dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan 2019 kerana keadaan bersifat sementara dan kualiti udara akan dipantau dalam masa 24 jam seterusnya. “Sehubungan itu, orang ramai dinasihatk­an untuk tidak melakukan apa-apa aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menjejaska­n lagi kualiti udara dan menyebabka­n jerebu bertambah buruk,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataann­ya melaporkan menerima 227 kes kebakaran belukar, hutan dan tanah gambut termasuk 44 kes setakat jam 6 petang semalam.

Secara purata, katanya, JBPM bertindak balas terhadap 22 kes kebakaran belukar setiap hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia