Utusan Borneo (Sarawak)

Empat lapor polis dipercayai ditipu individu sama

Modus operandi suspek ialah menawarkan pelbagai perkhidmat­an kontrak yang tidak diwujud

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Empat individu membuat laporan polis secara berasingan selepas dipercayai diperdaya oleh seorang suspek lelaki yang sama.

Modus operandi suspek memperdaya­kan semua mangsa berkenaan dengan menawarkan pelbagai perkhidmat­an kontrak yang tidak diwujud.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, pihaknya telah menerima empat laporan polis secara berasingan melibatkan seorang suspek dipercayai berumur lingkungan 40-an.

“Keseluruha­n kerugian yang dialami oleh empat mangsa berkenaan adalah berjumlah RM20,300,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, kes pertama melibatkan seorang jurujual yang berurusan dengan suspek melalui laman Facebook.

“Pada awal Jun lalu, pengadu yang ternampak iklan yang dimuat naik lalu menghubung­i suspek untuk urusan ubah suai rumahnya,” katanya.

Katanya, pengadu telah membuat pembayaran sebanyak RM4,000 secara tunai kepada suspek untuk tujuan pembayaran pembelian dan pemasangan dua set pintu keselamata­n aluminium rumah (depan dan belakang) pada 24 Jun lalu.

Katanya, suspek telah berjanji Ketua Polis Daerah Sibu untuk membuat kerjakerja tersebut dalam masa dua minggu sahaja selepas menerima bayaran.

Bagaimanap­un katanya, selepas dua minggu berlalu suspek masih belum menghantar pintu aluminium tersebut dan tiada kerja-kerja pemasangan di buat.

“Sehingga laporan polis dibuat, suspek belum menghantar pintu dan membuat pemasangan di rumah pengadu,” ujar KPD.

Dalam kes kedua, seorang pesara, 63, juga mengalami nasib sama apabila dia berurusan dengan suspek untuk mengecat pintu dan memperbaik­i pintu dengan caj perkhidmat­an sebanyak RM800.

Stanley berkata, pengadu tersebut diminta membuat pembayaran pendahulua­n sebanyak RM400.

Setelah membuat pembayaran itu pada 8 Julai lalu, suspek tidak lagi menjawab panggilan pengadu.

Kes ketiga melibatkan seorang pembantu tadbir wanita berumur 49 tahun yang mengalami kerugian berjumlah RM1,800 setelah berurusan dengan suspek untuk pemasangan pintu tuang tamu rumahnya.

Pengadu mengenali suspek setelah melayari Facebook dan ternampak iklan perkhidmat­an mengenai ubah suai rumah dan terus menghubung­i pengiklan berkenaan pada hari yang sama.

Wanita tersebut membuat tiga transaksi pemindahan wang sebagai bayaran pendahulua­n pada 23 hingga 25 Mei untuk tujuan itu kepada suspek.

Sehingga laporan dibuat suspek masih lagi gagal membuat dan memasang pintu ruang tamu rumah pengadu.

Pengadu juga telah cuba menghubung­i suspek berkalikal­i namun gagal.

Manakala, seorang tukang masak lelaki mengalami kerugian lebih RM14,000 selepas berurusan dengan suspek sama untuk pemasangan kabinet dan perabot di rumahnya pada 16 April lalu.

Teruja dengan iklan perkhidmat­an membuat kabinet dan perabot yang murah melalui Facebook, pengadu telah berurusan dengan suspek melalui WeChat.

Empat hari kemudian, suspek telah datang ke rumah pengadu untuk urusan membuat kiraan dan ukuran pemasangan kabinet di bahagian dapur.

Suspek telah memaklumka­n kepada pengadu bahawa keseluruha­n kos untuk tujuan itu adalah RM12,900 dan pengadu perlu membuat pembayaran pendahulua­n sebanyak RM6,500.

“Setelah bersetuju dengan tawaran harga itu, pengadu telah memberikan wang pendahulua­n secara tunai sebanyak RM6,500 kepada suspek pada 19 April lalu,” katanya.

Katanya lagi, pengadu juga membuat beberapa kali memindahka­n wang secara dalam talian ke akaun bank suspek selain secara serahan tunai keseluruha­nnya berjumlah RM14,100.

Sejak itu, suspek sering memberi pelbagai alasan dan setiap kali didesak dia berjanji untuk memulakan pemasangan pada hari berikutnya.

“Sehingga laporan polis dibuat, suspek belum membuat apa-apa menyebabka­n pengadu berasa dirinya telah ditipu,” ujat beliau.

Menurut Stanley, semua kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Keseluruha­n kerugian yang dialami oleh empat mangsa berke“naan adalah berjumlah RM20,300.

ACP Stanley Jonathan Ringgit

 ??  ?? STANLEY
STANLEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia