Utusan Borneo (Sarawak)

Dua rumah Salvation Army akan pindah ke tapak baharu di Kota Samarahan

-

KUCHING: The Salvation Army Boy’s Home dan The Salvation Army Kuching Childrens Home bakal berpindah ke tapak baharu pemberian kerajaan negeri di Kota Samarahan seluas 7.5 ekar.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kedua-duanya kini masih lagi beroperasi di Jalan Uplands dan Jalan Ban Hock.

“Namun, Ketua Menteri menerusi Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) telah bersetuju untuk menyalurka­n sejumlah RM4 juta bagi tujuan pemindahan dan membina kemudahan baharu untuk kedua-duanya.

“Pihak Borneo Medical Centre (BMC) juga telah menyatakan kesudian mereka untuk menderma sejumlah RM2.6 juta kepada pihak The Salvation Army bagi tujuan yang sama.

“Selain menggantik­an rumah mereka sekarang, pihak kami juga sedang melihat kemungkina­n untuk memberikan perkhidmat­an kepada warga tua dari golongan pertengaha­n dalam masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis The Sound of Music 3.0 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini kelmarin.

Fatimah berkata, kemudahan bagi warga tua disediakan berikutan statistik peningkata­n jumlah penduduk yang bakal menjangkau usia emas dalam beberapa tahun akan datang.

Konsert Sound of Music 3.0 adalah konsert amal bertujuan meningkatk­an kesedaran sambil beramal kepada mereka yang memerlukan di The Salvation Army yang menyediaka­n perkhidmat­an sejak 1950-an.

Mereka yang menghadiri konsert tersebut terdiri daripada kenamaan dan ahli Kelab Rotary Kuching Central yang anjurannya disokong oleh Plaza Merdeka Shopping Centre dan The Waterfront Hotel.

Antara penampilan istimewa pada malam tersebut adalah Nisa Addina, South Norfolk Youth Symphonic Band (United Kingdom) dan SAINSKU WINDS.

Hadir sama Pengarah Urusan Plaza Merdeka Holdings Sdn Bhd Datuk Steve Ng Thian Yew, Panglima Teritorial Singapura, Malaysia dan Wilayah Myanmar Kolonel Rodney Walters, Pengerusi BMC Dr John Chew Chee Ming, Pengarah Urusan BMC Dr Peter Tang, Pengarah Eksekutif BMC Robert Lau dan Presiden Rotary Club of Kuching Central Leonard Sia.

Ini merupakan edisi ketiga Sound of Music selepas 2012 dengan kutipan amal berjumlah RM1 juta berjaya dikumpul bagi Anjung Kasih dan Dahlia House di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Pada 2016, edisi kedua konsert berkenaan berjaya mengutip RM500,000 bagi Yayasan Jantung Sarawak bagi membantu pesakit yang kurang berkemampu­an dan memerlukan rawatan bagi penyakit jantung.

 ??  ?? UNTUK AMAL KEBAJIKAN: John (lima kanan) bersama Robert (enam kanan) menyampaik­an replika cek kepada Rodney sambil disaksikan Fatimah pada Konsert The Sound of Music 3.0 di BCCK kelmarin.
UNTUK AMAL KEBAJIKAN: John (lima kanan) bersama Robert (enam kanan) menyampaik­an replika cek kepada Rodney sambil disaksikan Fatimah pada Konsert The Sound of Music 3.0 di BCCK kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia