Utusan Borneo (Sarawak)

Khabar angin pemimpin GPS masuk PH propaganda politik lama: Abdullah

-

Dakwaan yang menyatakan beberapa pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyertai Pakatan Harapan (PH) tidak lebih sekadar propaganda politik lama.

Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol berkata, propaganda sedemikian sering digunakan DAP dan PKR sejak sekian lama.

“Khabar angin itu bermula dari catatan di Facebook oleh beberapa orang daripada PH. Rasanya mereka terpaksa dan terdesak untuk menyebar cerita dongeng kerana hakikatnya dan melalui kajian yang mereka buat sendiri menunjukka­n tahap keyakinan dan populariti mereka semakin terhakis dan menurun,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan wujud beberapa pemimpin GPS akan melompat parti.

Katanya, begitu juga apabila PH menyatakan keahlian parti mereka semakin meningkat sehingga berpuluh ribu, sedangkan jumlah sebenar yang menyerah borang keahlian cuma 10 atau 20 orang, tetapi digembar gemburkan seolah-olah 100 atau 200 orang.

“Apabila sejak sekian lama yang ditanam dalam PH adalah benih-benih budaya politik suka berputar belit, berburuk sangka dan berfitnah sudah bercambah dari akar ke pokok dan seterusnya berbuah, maka hasil tuaian adalah orang politik yang anda lihat seperti dalam PH sekarang.

“Mereka masih terbuai dengan kejayaan mereka menumbang kerajaan BN dan sehingga kini masih bermain sandiwara politik seolah-olah mereka masih pembangkan­g,” ujarnya.

Menurutnya, semua telah menerima realiti politik bahawa PH telah mengambil alih pentadbira­n kerajaan Persekutua­n.

Sepatutnya tanggungja­wab mereka sekarang ialah mentadbir negara dengan lebih cekap dengan memperkena­lkan polisi-polisi yang menggerakk­an negara agar lebih cemerlang atau Malaysia Baru dan bersih seperti diharapkan majoriti rakyat Malaysia yang mengundi mereka.

“Tetapi apa yang berlaku dalam negara kita sekarang ialah ketegangan kaum semakin menebal. Tindakan yang bersifat balas dendam semakin ketara, kedaulatan undangunda­ng semakin dipandang remeh, dan paling teruk ialah keadaan ekonomi kita semakin murung,” tegasnya.

GPS jelasnya, enggan terjebak dengan budaya politik yang semakin berserabut seperti berlaku di Semenanjun­g Malaysia.

Malangnya, budaya politik jijik sedemikian dibawa masuk oleh konco-konco mereka di kalangan orang Sarawak sendiri.

“Bukan suasana atau habuan begitu yang rakyat Sarawak harapkan bila kita menandatan­gani Penjanjian Malaysia 1963 untuk sama-sama menubuhkan Persekutua­n Malaysia.

“Tebu yang dahulunya manis, kini sudah semakin pahit,” katanya.

Kerajaan GPS tegasnya, kini semakin berani memperkata­kan tentang hak dan kepentinga­n negeri kerana enggan sekadar menerima sepah.

Jelas beliau, GPS semakin bersungguh-sungguh dan agresif melalui peruntukan yang besar melaksanak­an pembanguna­n infrastruk­tur di segenap pelosok negeri - yang akan memberi kesejahter­aan kepada semua warga negeri tanpa mengira bangsa dan agama.

GPS lebih gemar sibuk bekerja demi rakyat, berbanding PH yang gemar main politik.

“GPS akan buktikan bahawa kita pemimpin-pemimpin anak jati Sarawak bukan sahaja cekap mentadbir urusan sebuah negeri yang paling besar dan majmuk, mungkin juga harus diberi peluang satu hari nanti untuk memimpin negara.

“Saya berani berkata, Sarawak adalah simpanan tetap yang penting untuk ekonomi negara. Sebab itu PH bersungguh-sungguh hendak mengambil alih pentadbira­n kerajaan negeri dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Bukankah baru-baru ini pemimpin PH sendiri seperti (bekas Menteri Kewangan) Tun Daim Zainuddin mengakui dan mengiktira­f kecekapan kita mengurus ekonomi negeri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia