Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kebenaran kepada Fingo pasarkan produk dalam talian

Syarikat hanya dibenar jual produk cara konvension­al: Chong

- Oleh Agnes Tugong

Di bawah terma dan syarat lesen jualan langsung, syarikat tersebut tidak dibenarkan untuk memasarkan produknya menerusi platform dalam talian melainkan dibenarkan oleh kontroller untuk berbuat demikian.

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak mengeluark­an lesen kepada Fingo (M) Sdn Bhd untuk menjalanka­n perniagaan pemasaran jualan langsung (MLM) secara dalam talian.

Tegas Timbalan Menterinya Chong Chieng Jen, kementeria­n hanya mengeluark­an lesen jualan langsung kepada syarikat tersebut untuk memasarkan lima produk mereka menerusi kaedah konvension­al dan tradisiona­l.

Lima produk tersebut ialah ‘An-Nur Agar Shampoo,’ ‘Sucian Dara,’ ‘Sniper,’ ‘9030 Mix Honey with Cordyceps’ dan ‘Lunia Bird Nest Ess Facial Mask.’

“Di bawah terma dan syarat lesen jualan langsung, syarikat tersebut tidak dibenarkan untuk memasarkan produknya menerusi platform dalam talian melainkan dibenarkan oleh kontroller untuk berbuat demikian.

Chong Chieng Jen

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

“Setakat ini tidak ada kebenaran diberikan kepada syarikat tersebut,” katanya pada sidang media berhubung perkara tersebut di Ibu Pejabat DAP di sini semalam.

Tambah Chong, terdapat dua kemungkina­n cara Fingo boleh melanggar undangunda­ng.

Pertama, menjual lima produk di atas menerusi platform e-dagang dan menjual serta mempromosi aplikasiny­a atau platform e-dagang syarikat menerusi kaedah jualan langsung.

Justeru katanya, siasatan menyeluruh sedang dijalankan oleh kementeria­n

ke atas operasi perniagaan syarikat tersebut untuk tindakan selanjutny­a.

Jika didapati bersalah katanya, syarikat boleh dikenakan denda di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.

“Saya tidak mengatakan bahawa Fingo (M) Sdn Bhd melanggar undang-undang tetapi kita cuma sangsi dengan cara perniagaan mereka dan sebab itu, siasatan menyeluruh ke atas operasi perniagaan dijalankan,” katanya.

Sehubungan itu, kementeria­n menasihatk­an masyarakat supaya berhati-hati dengan mana-mana skim MLM atau jualan langsung yang menjanjika­n pulangan tinggi dengan kerja yang minimum.

Skim seperti ini katanya, berkemungk­inan penipuan wang atau skim piramid yang bertentang­an dengan undang-undang.

Dalam pada itu, orang ramai boleh membuat aduan kepada kementeria­n menerusi portal web e-aduan@kpdnhep.gov.my atau menerusi WhatsApp kepada 0192794317 atau mengunjung­i terus ke pejabat kementeria­n di seluruh negara jika ada kegiatan perniagaan yang mencurigai.

 ??  ?? CHONG
CHONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia