Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Lajau berazam tingkat prestasi akademik

-

LABUAN:SMKLajaube­razam untuk terus menghasilk­an peningkata­n prestasi dalam bidang akademik dengan menjunjung slogan 1 SEMELA: Penggerak Pembelajar­an Bermakna yang menghargai dan menggilap potensimur­idyangmemp­unyai latar belakang dan kebolehan yang berbeza-beza.

Demikian ucapan Pengetua SMK Lajau; Mohd Jamatin Abd Latip dalam Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Sekolah (MAKAS 2018) yang telah diadakan di Dewan Mini, SMK Lajau, baru-baru ini.

Mohd Jamatin berkata, Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Sekolah yang merupakan program tahunan SMK Lajau bertujuan untuk menyampaik­an sijil penghargaa­n dan kecemerlan­gan kepada semua murid aliran perdana dan pendidikan khas yang menunjukka­n prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik pada tahun 2018.

Selain itu katanya, majlis ini juga memberikan pengiktira­fan terhadap pencapaian cemerlang pelajar dalam peperiksaa­n PT3 dan SPM.

“Majlis ini juga memberikan penghargaa­n dan pengiktira­fan terhadap komitmen para guru dan panitia yang berjaya meningkatk­an keputusan dalam peperiksaa­n awam,” katanya.

Katanya, objektif majlis ini memberikan penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada muridmurid yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulu­m serta memberikan penghargaa­n kepada guruguru yang memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan menyumbang­kan sepenuh tenaga kepada sekolah.

Majlis tersebut dirasmikan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan; Ishak Aku Abd.Rahman.

Dalam ucapannya, beliau berkata, slogan 1 SEMELA: Penggerak Pembelajar­an Bermakna memang bertepatan dengan slogan ini dizahirkan kerana kita sedar bahawa setiap pelajar yang datang ke sekolah pada setiap hari ini mempunyai keazaman yang tinggi untuk belajar demi kehidupan yang lebih bermakna.

“Keazaman yang tinggi untuk menguasai sesuatu mata pelajaran dan memperoleh keputusan yang cemerlang jelas ditunjukka­n melalui anugerah yang diterima.

“Oleh itu, segala ilmu pengetahua­n yang diperoleh dapat diterapkan dan diaplikasi­kan dalam kehidupan,” jelasnya.

Katanya, segala usaha dan tekad yang berterusan inilah pelajar SMK Lajau telah berjaya mengangkat nama sekolah itu untuk cemerlang dalam bidang kurikulum dan juga kokurikulu­m.

Beliau berkata, dalam persaingan global yang semakin sengit sekarang dan juga pada masa akan datang, kecemerlan­gan akademik sahaja tidak mencukupi.

“Dalam realiti dunia sebenar, kecemerlan­gan akademik merupakan satu bonus, tetapi beberapa faktor lain juga perlu dibangunka­n sejak peringkat sekolah supaya murid-murid mudah menghadapi dunia kerjaya yang kompetitif.

“Kemahirank­omunikasis­angat penting, kemahiran interperso­nal, psikologi, kemahiran berunding, kemahiran pelbagai bahasaakan­memberikel­ebihan kepadamuri­d-muridkitau­ntuk bersaing dengan pihak-pihak lain di luar sana,” katanya.

Turut menyerikan majlis itu ialah Ketua Penolong Pengarah BTPNWPLabu­anAwangMar­ten Datuk Haji Abdul Rahman yang mewakili Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saidin, Pegawai Perhubunga­n PDRM SMK Lajau ASP Lee Chi Yong dan YDP PIBG SMK Lajau Tapa Jani sekali gus menyampaik­an hadiah kepada pelajar.

Hadir sama Penolong Kanan Pentadbira­n Nor Ain Mohammed dan Penolong Kanan Kokurikulu­m Subari Dwar.

 ??  ?? TERUSKAN USAHA: Penerima Anugerah MAKAS SMK Lajau 2018 bersama Ishak Aku Abdul Rahman (enam kiri), Mohd Jamatin (enam kanan), Awang Marten (empat kanan), ASP Lee Chee Yong (lima kanan), Tapa Jani (lima kiri) dan Nor Ain Mohammed (hujung kanan).
TERUSKAN USAHA: Penerima Anugerah MAKAS SMK Lajau 2018 bersama Ishak Aku Abdul Rahman (enam kiri), Mohd Jamatin (enam kanan), Awang Marten (empat kanan), ASP Lee Chee Yong (lima kanan), Tapa Jani (lima kiri) dan Nor Ain Mohammed (hujung kanan).
 ??  ?? TRADISI: Ishak, Mohd Jamatin, Awang Marten, Nor Ain, Subari, Tapa, ASP Lee bersama penari-penari Mangunatif.
TRADISI: Ishak, Mohd Jamatin, Awang Marten, Nor Ain, Subari, Tapa, ASP Lee bersama penari-penari Mangunatif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia