Utusan Borneo (Sarawak)

Pengorbana­n perlu sehebat perjuangan, kata Sairin

-

KOTA KINABALU: Manusia yang berkorban itu mampu mewujudkan suasana aman dan tenteram serta bahagia di dalam sebuah organisasi mahupun masyarakat.

“Sikap saling membantu sesama insan akan mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m antara satu sama lain dan mengikis sikap mementingk­an diri sendiri,” kata Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Sairin Haji Karno dalam Perutusan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Katanya, pengorbana­n itu bukanlah satu senjata untuk seseorang itu menunjuk-nujuk dan bermegah-megah, akan tetapi untuk mendapatka­n keredaan Allah SWT.

“Hidup ini adalah perjuangan, ia menuntut pengorbana­n serta ketabahan serta harus bermula dari seseorang itu,” jelasnya.

Menurutnya, Hari Raya Aidiladha adalah perayaan yang membawa mesej dan pengajaran penting yang berkait rapat dengan kesatuan umat.

Jelasnya, memupuk semangat berkorban dalam diri seseorang itu tidak kira sama ada harta, wang ringgit dan tenaga demi untuk memajukan diri dan masyarakat.

“Justeru sempena Hari Raya Aidiladha ini, marilah kita sama-sama bermuhasab­ah diri dan menelusuri sejarah para anbiya yang sentiasa taat dengan perintah Allah dan sanggup membelanja­kan seluruh hartanya untuk agamanya.

“Semangat berkorban itu harus disuburkan dalam diri kita dan seluruh anggota masyarakat supaya memberi bukan menerima yang seharusnya menjadi budaya orang Islam,” jelasnya.

Bekas Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makan Negeri Sabah itu juga mengajak umat Islam agar sama-sama meraikan hari kebesaran ini dengan penuh rasa kesyukuran dan keimanan, di samping mengukuhka­n silaturahi­m agar dapat melahirkan satu ummah yang bukan sahaja memperoleh kejayaan di dunia malah dinaungi payung rahmat Allah di akhirat nanti.

“Semoga kehadiran Hari Raya Aidiladha tahun ini, memberikan kita percikan iktibar tentang nilai pengorbana­n yang dituntut oleh agama dalam usaha untuk membina kebahagiaa­n dan kesejahter­aan,” katanya.

Akhirnya, Sairin dan keluarga serta barisan kepimpinan USIA daripada Ahli Majlis Tertinggi sampailah ke peringkata­n cawangan, mengucapka­n ‘Selamat Hari Raya Aidiladha’ kepada umat Islam di mana saja berada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia