Utusan Borneo (Sarawak)

Komited laksana dasar, strategi pembanguna­n mampan

Ia bagi menangani isu alam sekitar dan dilaksanak­an di semua peringkat agensi kerajaan Sarawak terutama PBT: Tan Kai

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak sentiasa komited merancang dasar dan strategi dalam mengurus pembanguna­n mampan serta efektif bagi menangani isu berkaitan alam sekitar.

Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Tan Kai berkata, dasar dan strategi itu sudah dilaksanak­an dan dikuatkuas­akan secara aktif di semua peringkat agensi kerajaan terutamany­a pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Pembanguna­n mampan adalah penting kepada alam sekitar untuk kekal bersih dan sihat menerusi mekanisme dalam mengawal pembuangan sisa buangan yang merupakan penyumbang kepada pencemaran.

“Sebagai contoh, konsep 3R (Reduce, Reuse and Recyle) adalah cara dalam menguruska­n sisa buangan supaya ia tidak menjejaska­n alam semula jadi kita dan langkah ini dipraktik secara aktif oleh PBT kita dalam mempromosi­kan amalan bersih kepada masyarakat sekali gus dapat mencegah penyakit berkaitan dan mengekalka­n kesihatan orang ramai,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Inovasi Hijau Sekolah Trienekens bersempena Ulang Tahun Ke-20 Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd mewakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian di Pusat Beli-Belah tHe Spring di sini, semalam.

Dalam pada itu, Tan berkata, usaha itu bukan hanya terletak dibahu pihak berkuasa sahaja tetapi juga melibatkan semua pihak termasuk rakyat di negeri ini.

“Seperti isu pembuangan sampah sarap secara haram dan pembuangan sisa buangan yang tidak terurus akan menyumbang kepada masalah pencemaran dan ini memerlukan tanggungja­wab semua pihak supaya usaha ini dapat dilakukan secara berkesan,” tambahnya.

Selain itu, beliau menjelaska­n kementeria­n juga mewujudkan pelbagai inisiatif dalam usaha ke arah pembanguna­n mampan menerusi program inovasi dan kreatif yang melibatkan syarikat swasta dan sekolah.

“Kita amat menggalakk­an generasi muda untuk membangunk­an konsep dan penyelesai­an terbaik yang mesra alam sekitar menerusi aktiviti yang dianjurkan.

“Justeru, saya amat memuji

Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri

penganjura­n Program Inovasi Hijau Sekolah Trienekens ini kerana ia selari dengan usaha kementeria­n dalam mempromosi­kan amalam hijau dalam kalangan masyarakat terutamany­a pelajar sekolah,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, kementeria­n akan sentiasa memberi sokongan terhadap aktiviti seumpana itu bagi memastikan usaha mempromosi­kan amalan hijau dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Trienekens Stephen Chin berkata, pihaknya amat komited dalam menyediaka­n perkhidmat­an pengurusan sisa buangan di bandar raya ini.

“Syarikat kami telah terlibat dalam pelbagai aktiviti dan program kesedaran terhadap alam sekitar di negeri ini melibatkan kanak-kanak di tadika, sekolah rendah, menengah, kolej, universiti termasuk agensi kerajaan.

“Pada tahun ini, kita memutuskan untuk menganjurk­an program berskala besar dengan melibatkan lebih banyak sekolah di sini sempena Ulang Tahun Ke-20 syarikat kami bagi menggalakk­an usaha mempromosi­kan kesedaran terhadap alam sekitar di pelbagai peringkat usia,” jelasnya.

Pada program itu, tiga pertanding­an inovasi turut dianjurkan iaitu ‘Greenscape Upcycling’, ‘Young Greenovato­rs Upcycling’ dan ‘Green Runway’ melibatkan dua kategori, sekolah rendah dan menengah.

Bagi pertanding­an ‘Greenscape Upcycling’ kategori sekolah rendah, gelaran juara dimenangi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Pangkalan Batu manakala sekolah menengah pula dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Patinggi Abdul Gapor.

Pertanding­an ‘Young Greenovato­rs Upcycling’ pula dimenangi SJK Chung Hua No.5 bagi sekolah rendah dan SMK Bandar Kuching No.1 (sekolah menengah).

Untuk pertanding­an ‘Green Runway’ pula, juara dimenangi SK Jalan Ong Tiang Swee (sekolah rendah) dan SMK Tun Abdul Razak (sekolah menengah).

Hadir sama pada majlis itu, wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak Norman Suhaili, Ketua Unit Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n Pejabat Daerah Kuching Yazit Belon, Pengarah Eksekutif PE Land Sdn Bhd Joana Ling dan tetamu kehormat lain.

Pembanguna­n mampan adalah penting kepada alam sekitar untuk kekal bersih dan sihat menerusi mekanisme dalam mengawal pembuangan sisa buangan yang merupakan penyumbang kepada pencemaran.

Tan Kai

 ??  ?? INOVATIF: Tan menyampaik­an hadiah kepada juara pertanding­an‘Green Runway’yang dimenangi Sekolah Kebangsaan Jalan Ong Tiang Swee.
INOVATIF: Tan menyampaik­an hadiah kepada juara pertanding­an‘Green Runway’yang dimenangi Sekolah Kebangsaan Jalan Ong Tiang Swee.
 ??  ?? SAIRIN
SAIRIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia