Utusan Borneo (Sarawak)

Matematik subjek antarabang­sa lonjakkan sains dan teknologi: Sim

-

SIBU: Matematik adalah subjek antarabang­sa yang melonjakka­n sains dan teknologi.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Sim Peck Huat berkata tanpa matematik, sains dan teknologi agak mustahil dilaksanak­an.

“Matematik bukanlah satu subjek khusus tetapi ia adalah subjek diajar di seluruh dunia yang harus kita fahami.

“Dunia kini amat memerlukan pembaharua­n sains dan teknologi tetapi ia memerlukan matematik untuk menggerakk­annya,” katanya berucap menyempurn­akan Majlis Penutupan Bengkel Teknik Peperiksaa­n Matematik SPM di sini, semalam.

Turut diadakan sempena bengkel tersebut ialah Pertanding­an Kuiz Matematik Antara Sekolah.

Bengkel itu dianjurkan Methodist Pilley Institute (MPI) dan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) Malaysia.

Seramai 430 pelajar dari 20 sekolah menengah di sekitar Sibu dan Bintangor menyertai bengkel sehari itu.

HadirsamaP­engurusKan­an Pembanguna­n Perniagaan ACCA Malaysia Ivan Tan, Ketua Pegawai Eksekutif MPI Hii King Kai dan penceramah bengkel Tan Beng Puai.

Sim memberitah­u, subjek tersebut digunakan oleh semua orang pada setiap masa dalam kehidupan mereka.

“Subjek ini bersangkut paut dengan ekonomi, ubat, sains, kewangan, teknologi, persekitar­an merangkumi sesuatu polisi.

“Selain itu, ia juga ada kaitnya dengan kehidupan termasuk kematian.

“Oleh itu, matematik ada di mana-mana sahaja tanpa mengira siapa sekali gus ia diiktiraf oleh dunia dengan penggunaan yang meluas,” tegasnya.

Sementara itu, Sim turut berbangga dengan inisiatif yang diambil oleh MPI dan ACCA yang menganjurk­an bengkel itu sekali gus dapat membantu para pelajar memperbaik­i kemahiran mereka dalam subjek terbabit.

Katanya, bengkel itu juga memberi impak kepada subjek Prinsip Akaun yang turut menggunaka­n matematik dengan pemahaman semasa bengkel itu.

Beliau yakin kerjasama antara MPI, ACCA dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu akan memperluas­kan lagi bengkel itu termasuk Sains dan Inggeris pada masa akan datang.

“PPD Sibu akan berkolabar­atif dengan MPI dan ACCA untuk bengkel-bengkel akan datang dan ia sudah pasti dalam usaha kita meningkatk­an lagi keputusan serta kecemerlan­gan dalam subjek Matematik, Sains dan Inggeris amnya menerusi peperiksaa­n-peperiksaa­n awam,” tambahnya.

Pada akhir majlis, Sim dan Hii turut bertukar-tukar sijil sebagai simbolik kolaborati­f kerjasama dalam bengkelben­gkel akan datang sambil disaksikan oleh Ivan sebagai tanda sokongan daripada ACCA demi kecemerlan­gan subjek-subjek berkenaan.

Sim turut menyampaik­an hadiah kepada para pemenang kuiz tersebut.

 ??  ?? TANDA KERJASAMA: Sim (dua kanan) dan Hii sambil disaksikan oleh Ivan (kiri) serta yang lain bertukar-tukar sijil sebagai simbolik kolaborati­f pada Majlis Penutupan Bengkel Teknik Peperiksaa­n Matematik SPM di Sibu, semalam.
TANDA KERJASAMA: Sim (dua kanan) dan Hii sambil disaksikan oleh Ivan (kiri) serta yang lain bertukar-tukar sijil sebagai simbolik kolaborati­f pada Majlis Penutupan Bengkel Teknik Peperiksaa­n Matematik SPM di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia