Utusan Borneo (Sarawak)

IEM Sarawak disaran anjur program kemasyarak­atan

-

KUCHING: Institut Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Sarawak disarankan agar menganjurk­an program kemasyarak­atan dengan mendekati sekolah-sekolah luar bandar.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Utiliti Sarawak Datuk Ir Alice Jawan berkata pelajar-pelajar di luar bandar memerlukan motivasi serta kesedaran tentang kebaikan menjadi seorang jurutera.

“Saya sentiasa beranggapa­n kita (jurutera) adalah ‘role model’ di mana setiap kita boleh memainkan peranan menggalakk­an pelajar-pelajar menceburi bidang kejurutera­an.

“Sebagai jurutera, kita menjadikan Sarawak tempat yang baik. Kita adalah pembina Sarawak,”katanyaber­ucappada ‘IEM Engineer’s Run Sarawak 2019’ di Pusat Beli-Belah Mydin, Petra Jaya semalam.

Sementara itu, Pengerusi IEM Sarawak Haidel Heli ketika ditemui berkata lebih 800 peserta menyertai edisi kelima larian tersebut mempertand­ingkan kategori 21 kilometer dan larian santai lima kilometer.

“Larian ini bermula sejak 2014 dan tahun ini memasuki edisi kelima penganjura­nnya. Alhamdulil­lah, ia masih mendapat sambutan memberangs­angkan daripada pesertapes­erta tempatan termasuk luar negara bertanding dalam larian kompetitif sejauh 21 kilometer.” katanya.

Menurut Haidel, larian itu merupakan salah satu aktiviti diletakkan dalam kalendar tahunan IEM Sarawak.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n ke atas barisan penaja Bluescope Lysaght (penaja platinum), Musyati (penaja perak) dan Mega Geo Solutions (penaja gangsa) atas sokongan membolehka­n mereka meneruskan penganjura­n pada tahun ini.

Katanya, tidak lupa kepada rakan penganjur seperti Indocafe, Universiti Swinburne, Ultron, SAINS, Moma Water, Revive, the Gym Box dan Mydin.

Sementara itu, peserta Kenya mendominas­i tiga kedudukan teratas kategori 21 kilometer lelaki dan wanita. Joseph Mwangi Ngare mencatat masa terpantas 1:04:48 saat untuk muncul juara kategori lelaki menewaskan dua rakan senegara, Lel Kipchirchi­r dan John Muiruri Mburu di tempat kedua dan ketiga.

Dalam kategori wanita, kepantasan­AliceMutho­niKoigi sukar ditandingi dengan mencatat 1:19:02 saat untuk muncul juara. Di tempat kedua Jackline Nzivo dan Naum Jepkosgei menduduki tempat ketiga.

 ??  ?? TAHNIAH: Pemenang dan penaja bersama Alice (tengah) dan Haidel (kiri) pada majlis penyampaia­n hadiah.
TAHNIAH: Pemenang dan penaja bersama Alice (tengah) dan Haidel (kiri) pada majlis penyampaia­n hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia