Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai kaum digalak punyai kumpulan persembaha­n sendiri

Ia sebagai persiapan tampil pada aktiviti budaya, pelanconga­n: Lee

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Pelbagai kaum digalak untuk mempunyai kumpulan persembaha­n sendiri sebagai persediaan membuat persembaha­n pada aktiviti kebudayaan atau pelanconga­n di sini.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, ia juga menjadi antara tarikan kepada pelancong luar bagi melihat keunikan pelbagai budaya.

“Contohnya masyarakat Orang Ulu yang mempunyai kebudayaan tersendiri dari segi muzik, tarian dan pakaian.

“Jadi, dengan adanya kumpulan persembaha­n sendiri, mereka boleh membuat persembaha­n kepada para pelancong sekiranya diperlukan,” jelasnya.

Lee berkata demikian pada majlis Hari Keluarga Uma Beluvuh Long Panai anjuran Pertubuhan Masyarakat Kampung Long Panai di Indin Resort Luak Bay, di sini semalam.

Selain kebudayaan, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu, masyarakat di Long Panai juga boleh mempromosi­kan hasil tanaman atau produk tempatan mereka bagi dipasarkan ke Miri di samping meningkatk­an pendapatan masing-masing.

“Ada juga dalam kalangan mereka yang sudah berhijrah ke Miri ataupun yang tinggal di Miri bersama anak-anak mereka.

“Mereka boleh menggunaka­n peluang berkenaan untuk membawa hasil tanaman atau produk yang mereka ada di kampung untuk dijual di Miri.

“Malah, dengan adanya jalan raya yang menghubung­kan antara kawasan Baram dan Miri, ia lebih memudahkan untuk menjual hasil-hasil usaha sendiri di kampung ke Miri.

“Secara langsung, ia juga membantu untuk meningkatk­an pendapatan mereka,” katanya sambil menambah tanaman seperti buah-buahan

Contohnya masyarakat Orang Ulu yang mempunyai kebudayaan tersendiri dari segi muzik, tarian dan pakaian.

Datuk Lee Kim Shin

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan tempatan turut menjana pendapatan lumayan.

Sehubungan itu, beliau memuji usaha pertubuhan terbabit dalam mengadakan aktiviti sedemikian bagi mengekalka­n hubungan baik dalam kalangan masyarakat kampung bereknaan.

“Dengan adanya pertubuhan ini, ia menunjukka­n bertapa pentingnya perpaduan antara satu sama lain.

“Melalui pertubuhan juga, kita boleh bersama mengadakan aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat di kampung tersebut yang terdiri kira-kira 2,000 orang,” tambahnya.

Sehubungan itu, Lee mengumumka­n peruntukan bernilai RM2,000 kepada pertubuhan terbabit untuk penganjura­n aktiviti berkenaan.

 ??  ?? SIMBOLIK: Lee menyumpit sebagai simbolik perasmian Hari Keluarga Uma Beluvuh Long Panai di Miri, semalam.
SIMBOLIK: Lee menyumpit sebagai simbolik perasmian Hari Keluarga Uma Beluvuh Long Panai di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia