Utusan Borneo (Sarawak)

Lagi bantahan terhadap pelaksanaa­n seni khat, Jawi di sekolah vernakular

-

SIBU: Persatuan LembagaLem­baga Pengurusan Sekolah-Sekolah Rendah Bantuan Cina Bahagian Sibu dan Kapit menyuaraka­n bantahan terhadap pelaksanaa­n seni khat dan tulisan Jawi khususnya di sekolah vernakular tahun depan.

Pengerusin­ya Thomas Tang berkata, pelaksanaa­n ini hanya akan membebanka­n murid-murid yang perlu belajar bahasa ketiga.

“Kami sangat menentang rancangan untuk memperkena­lkan tulisan Jawi dan seni khat seperti yang kami rasakan tidak akan memberi manfaat kepada murid-murid,” jelasnya.

Tang berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat bersama wakil-wakil 68 sekolah termasuk ahli lembaga pengurusan sekolah, guru-guru, guru besar dan ibu bapa di Wisma Hua Wen Dong Zong di sini semalam.

Menurutnya, mereka tidak pernah menentang pengenalan seni khat dan tulisan Jawi kepada murid-murid dalam bentuk aktiviti kokurikulu­m.

“Kami juga berasakan murid-murid yang berminat untuk mempelajar­i subjek mempunyai kehendak bebas untuk berbuat demikian, tetapi kami sangat menentang cadangan untuk memasukkan­nya dalam kurikulum sekolah,” ujarnya.

Tang mendakwa, Kementeria­n Pendidikan mungkin mempunyai agenda tersembuny­i untuk memperkena­lkan seni khat untuk tahun empat pada tahun depan.

“Situasi ini akan menjadi mereka meletakkan lebih ramai guru lepasan bukan Cina untuk mengajar di sekolah rendah Cina dan seterusnya akan menimbulka­n masalah bagi kewujudan sekolah rendah Cina,” jelasnya.

Tang memberitah­u, sekolah vernakular telah dibina sejak beberapa generasi lalu dan mereka tidak mahu melihatnya dihapuskan pada akhirnya.

Mesyuara itu turut membincang­kan tiga resolusi lain untuk menentang penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah Cina, membantah penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan menentang pelaksanaa­n kelas gabungan.

 ??  ?? KAMI BANTAH: Tang (duduk, tengah) bersama mereka yang hadir pada mesyuarat memberikan isyarat membantah pelaksanaa­n seni khat dan tulisan Jawi pada tahun depan.
KAMI BANTAH: Tang (duduk, tengah) bersama mereka yang hadir pada mesyuarat memberikan isyarat membantah pelaksanaa­n seni khat dan tulisan Jawi pada tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia