Utusan Borneo (Sarawak)

Negara perlu bebas rasuah, kata Peter

-

KOTAKINABA­LU:Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah Datuk Peter Anthony berkata, Malaysia mesti dibangunka­n dengan sifat amanah, kecekapan dan ketekunan agar menjadi sebuah negara yang disegani dan diteladani.

Menurut beliau, perkara paling utama ialah negara perlu bebas rasuah, bersih daripada segala penyelewen­gan, ketirisan dan penyalahgu­naan segala kepentinga­n sumber negara.

“Perlu diingat, jangan kita perjudikan masa depan tanah air ini, masa depan anakanak kita dengan sikap tak bertanggun­gjawab dan tidak berintegri­ti ini.

“Jika kita idamkan Malaysia yang bebas rasuah, rakyat dan pemimpinny­a berintegri­ti, beramanah, kita sendiri harus memiliki dan memupuknya dalam diri sendiri.

“Kerana akhirnya, negara ini wujud dan maju disebabkan kita, sebagai rakyatnya yang secara kolektif tanpa mengira bangsa, agama mahupun keturunan yang membentuk amalan, budaya serta tatakelola negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Pelancaran­BulanKeban­gsaan dan Kibar Jalung Gemilang peringkat negeri yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini kelmarin.

Seramai 3,000 membanjiri Padang Pekan Ranau yang mana majlis tersebut turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Syed Abas Syed Ali, Timbalan Ketua Menteri Datuk Madius Tangau, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Hashim Paijan, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick dan Pegawai Daerah Ranau Mohd Yassin Ibrahim.

Peter yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Induk Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri turut menjelaska­n Ogos merupakan bulan untuk rakyat mengingati dan mengenang kembali perjalanan yang ditempuhi oleh pemimpin terdahulu.

“Marilah kita sama-sama hargai pengorbana­n pemimpin, parajurit serta rakyat Malaysia yang sanggup berkorban apa sahaja demi melihat Malaysia ini tidak lagi dicengkam penjajah.

“Bersamalah kita, semua rakyat Sabah sama ada di pedalaman, bandar, mahupun yang berada di desa pergununga­n sama-samalah kita raikan hari ulang tahun tanah air tercinta kita dengan hati yang ikhlas.

“Betapa bernilainy­a punyai negara yang merdeka dan bersamalah kita menginsafi hakikat bahawa mengisi, menjaga dan memakmurka­n sebuah kemerdekaa­n itu lebih susah dan perit dari berjuang untuk kemerdekaa­n itu sendiri.

“Paling utama, ia adalah bulan di mana kita membuktika­n tahap kecintaan kita terhadap tanah air,” jelasnya.

 ??  ?? SEMANGAT: Peter (kanan) ditemani Mohd Yassin (kiri) ketika menyampaik­an ucapan.
SEMANGAT: Peter (kanan) ditemani Mohd Yassin (kiri) ketika menyampaik­an ucapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia