Utusan Borneo (Sarawak)

38 ekor lembu diagihkan kepada penduduk Sarikei, Tanjung Manis

-

SARIKEI: Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha sebanyak 38 ekor lembu diagihkan kepada penduduk Muslim dari kawasan Sarikei dan Tanjung Manis tahun ini.

Timbalan Residen Bahagian Sarikei Abang Porkan Abang Budiman berkata, lembu-lembu itu sumbangan wakil rakyat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang dan Repok, Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kuala Rajang dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei (LAKISRI).

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh melalui Pusat Khidmat Kuala Rajang menyumbang­kan 22 ekor, Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kuala Rajang (9), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii (5) dan LAKISRI (2).

Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abd Wahab menyumbang RM3,000 kepada setiap masjid, RM2,000 setiap surau dan RM1,500 untuk setiap surau kerajaan terpilih di kawasannya, katanya di sini semalam.

Tambahnya, daging-daging korban nanti diagihkan kepada penduduk kampung, masjid dan surau sekitar Sarikei dan Tanjung Manis.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak supaya mempertaha­nkan perpaduan dan sentiasa menyemai semangat pengorbana­n bertepatan dengan tuntutan agama.

Katanya, semua pihak harus merapatkan saf ukhuwah dan mengekalka­n keharmonia­n bagi memastikan semangat muhibah kalangan majmuk di sini sentiasa terpelihar­a.

“Saya berharap kerjasama penduduk Islam Sarikei memastikan majlis korban perdana di Masjid Al-Mutaqqin pada 12 Ogos ini bermula jam 6.30 pagi berjalan lancar,” katanya.

 ??  ?? LEMBU KORBAN: Salah seekor lembu dikorbanka­n sempena Hari Raya Aidiladha sedia ditambat di beberapa lokasi sekitar Sarikei semalam.
LEMBU KORBAN: Salah seekor lembu dikorbanka­n sempena Hari Raya Aidiladha sedia ditambat di beberapa lokasi sekitar Sarikei semalam.
 ??  ?? JEROME
JEROME

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia