Utusan Borneo (Sarawak)

Taman Papan Selaju bertaraf dunia, sokongan dana perlu

Cadangan SKA sudah diluluskan di Dewan Suarah Kuching, namun sehingga kini persatuan belum terima sebarang dana

- Oleh Agnes Tugong

Cadangan ini telah pun kami kemukakan kepada pihak kerajaan dan telah diluluskan di Dewan Suarah Kuching di sini, namun sehingga kini belum ada sebarang dana disalurkan kepada persatuan.

KUCHING: Persatuan Sukan Papan Selaju Negeri Sarawak (SKA) memohon sokongan dana daripada pihak swasta dan kerajaan untuk membina Taman Papan Selaju bertaraf dunia di negeri ini.

Pengerusin­ya Mohammad Farouk Tufail Mahmud berkata, fasiliti itu penting sebagai platform dan tempat bagi penganjura­n kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabang­sa di negeri ini.

“Cadangan ini telah pun kami kemukakan kepada pihak kerajaan dan telah diluluskan di Dewan Suarah Kuching di sini, namun sehingga kini belum ada sebarang dana disalurkan kepada persatuan.

“Projek yang dicadangka­n ini adalah jangka masa panjang dan sebagai permulaan sekitar RM3 juta diperlukan untuk membina Taman Papan Selaju bertaraf dunia ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian Liga Papan Selaju CISKA (CSL) 2019 di Parkir Pengerusi Persatuan Sukan Papan Selaju Negeri Sarawak Rooftop AEON Mall Kuching Central di sini, semalam.

Dari segi pencapaian katanya, persatuan kini mempunyai keahlian seramai lebih daripada 1,000 orang di seluruh Sarawak.

Malah katanya, tiga peluncur Sarawak telah berjaya melayakkan diri untuk menyertai Sukan SEA di Filipina pada Disember tahun ini dan mengintai peluang untuk layak ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Bercakap mengenai program semalam, ia merupakan liga dwibulanan papan selaju yang pertama seumpamany­a di Malaysia sejak 2016.

Program semalam adalah satu kolaborati­f dengan pihak AEON Mall Kuching sempena dengan program rasmi AEON Mall Kuching iaitu Do-Active 3.0 AEON Mall.

Pemenang utama CSL akan menerima hadiah wang tunai, sumbangan penaja korporat serta peluang menjalani latihan intensif pembanguna­n atlet di bawah kelolaan Persatuan Sukan Papan Selaju Negeri Sarawak.

Tiga kategori dipertandi­ngkan pada liga semalam iaitu Kategori Terbuka Liga, Kategori Aksi Terbaik Remaja dan Kategori Otai.

Turut hadir Penolong Pesuruhjay­a Sukan Sarawak Hazwan Salleh dan Pengurus Mall AEON Mall Kuching Central Erwin Octavious Ranyes serta yang lain.

Mohammad Farouk Tufail Mahmud

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? RAI BERSAMA: Farouk (tiga kanan), Hazwan (tengah), Erwin (tiga kiri) serta yang lain meraikan ulang tahun pertama SKA semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi RAI BERSAMA: Farouk (tiga kanan), Hazwan (tengah), Erwin (tiga kiri) serta yang lain meraikan ulang tahun pertama SKA semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia