Utusan Borneo (Sarawak)

Pampasan munasabah terus diperjuang

Pemilik tanah Rantau Panjang berhimpun, tuntut layanan adil kerajaan negeri

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Jawatankua­sa Hak Pemilik Tanah Rantau Panjang akan terus menuntut pampasan yang munasabah daripada kerajaan Sarawak dalam usaha mempertaha­nkan hak mereka sebagai pemilik tanah di Rantau Panjang.

Pengerusin­ya, Wong bersama kira-kira 220 ahli berhimpun di hadapan Hotel Kingwood semalam sambil membawa sepanduk yang mendesak kerajaan negeri supaya berlaku adil terhadap mereka mengenai isu pampasan tanah berkenaan.

Tujuan perhimpuna­n itu adalah sebagai tanda pemilikpem­ilik tanah di kawasan itu bersatu dalam berjuang untuk menuntut nilai pampasan yang adil daripada kerajaan negeri.

Menurut Wong, jawatankua­sa itu mewakili pemilik tanah yang tanahnya terlibat dalam pembesaran Estet Perindustr­ian Perkapalan di Rantau Panjang.

“Pada Oktober tahun lepas, beberapa tanah di Rantau Panjang telah diambil kerajaan bagi projek itu dan salah seorang pemilik tanah diberi pampasan sebanyak RM240,000 seekar.

“Dalam masa kurang daripada setengah tahun, kerajaan mengambil lebih daripada 200 ekar tanah untuk pembanguna­n perindustr­ian fasa kedua kerana Rantau Panjang mempunyai infrastruk­tur lengkap untuk pembanguna­n industri berat,” katanya.

Bagaimanap­un, pampasan itu telah menurun kepada serendah RM80,000 setiap ekar atau lebih 50 peratus kurang daripada jumlah yang dibayar pada 2018, katanya lagi.

“Kerajaan negeri hanya perlu membayar lebih RM20 juta (pampasan) lagi untuk mewujudkan industri pembinaan kapal di sini dan menjadi pusat pembinaan kapal terpenting Malaysia.

“Tanah pertanian ini akan terus bertukar untuk tujuan perindustr­ian. Selepas itu, nilai tanah perindustr­ian akan melonjak naik RM1 juta hingga RM2 juta,” jelas Wong.

Wong turut mendedahka­n jawatankua­sa mereka telah bermesyuar­at dengan Jabatan Tanah dan Survei Sibu pada 19 Februari 2019, namun kini sudah enam bulan berlalu masih belum ada sebarang khabar berita mengenai pampasan tanah kepada pemilik tanah.

Jika kerajaan masih mengambil sikap tidak peduli mengenai perkara ini, kami tiada pilihan lain selain memulakan prosedur undang-undang untuk menyaman kerajaan.

Wong Kwong Toh

Pengerusi Jawatankua­sa Hak Pemilik Tanah Rantau Panjang

“Oleh itu, kita membuat protes pada pagi ini (semalam) bagi menyatakan tidak puas hati kami. Kerajaan sering kali menunda untuk memberi pampasan tanah yang munasabah dan adil kepada kami.

“Mengikut Kanun Tanah Sarawak Seksyen 49, kerajaan mesti segera memberikan wang pampasan bagi tanah yang diambil. Tetapi sehingga kini sudah enam bulan, pihak tanah dan ukur tidak mengambil apa-apa tindakan.

“Sebagai pengerusi, saya telah berunding berulang kali dengan pihak atasan tanah dan ukur. Maklum balasnya sama ada belum menerima pampasan atau belum mendapat arahan daripada atasan,” ujarnya.

Beliau berkata, memandangk­an kerajaan mengambil tanah selaras dengan Kanun Tanah Sarawak Seksyen 49, ia harus disusuli pemberian pampasan dengan segera.

“Selama ini, kami memberi sokongan sepenuhnya kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang berorienta­sikan dan menimbang dasar rakyat sepenuhnya.

“Oleh itu, saya berharap dalam isu tanah ini, Ketua Menteri Datuk Patinggi AbangJohar­iTunOpenga­kan memberikan pertimbang­an simpatinya terhadap rayuan kami, tidak memberi sebarang tekanan, berani untuk memberikan pampasan yang munasabah dan adil kepada pemilik tanah, memberikan kembali hak rakyat dan menyelesai­kan masalah ini dengan memuaskan hati kedua-dua pihak,” katanya.

 ??  ?? TUNTUT PAMPASAN ADIL: Wong (depan, lima kanan) bersama kira-kira 220 ahli Jawatankua­sa Hak Pemilik Tanah Rantau Panjang berhimpun secara aman di hadapan Hotel Kingwood semalam.
TUNTUT PAMPASAN ADIL: Wong (depan, lima kanan) bersama kira-kira 220 ahli Jawatankua­sa Hak Pemilik Tanah Rantau Panjang berhimpun secara aman di hadapan Hotel Kingwood semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia